Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, pe­nentuan, penetapan, pengangkatan, peng­umum­­an, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yg bertanggungjawab: bahasa ~; pakaian ~. merasmikan mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. perasmian perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dan Sony serta diterima pakai oleh ISO pada tahun 1989. Buku Kuning disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna kuning. Buku Merah (Ig. Red Book; Br. Buku Merah; Id. Buku Merah) Dokumen rasmi untuk set penetapan paras keselamatan dan kepercayaan dalam prasarana komunikasi seperti rangkaian sistem komputer. Dokumen ini digubal pada tahun 1987 oleh Pusat Keselamatan Sistem Komputer Kebangsaan (NCSC) dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Nama rasmi Buku Merah ialah Interpretasi Rangkaian Terpercaya (Trusted Network Interpretation). Buku Merah disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna merah dan merupakan sebahagian daripada siri buku Pelangi terbitan NCSC. Buku Merah dibangunkan pada

Kembali ke atas