pengadil rasmi | pengadil rasmi (Sepak Takraw) | Sukan | Tiada | Tiada |
ambudsman | ombudsman | Undang-undang | Tiada | Badan rasmi atau separa rasmi yang bertanggungjawab menerima dan menyiasat aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan jentera kerajaan. |
official | rasmi | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, dokumen rasmi, dan secara umumnya dalam penulisan atau pengucapan rasmi. |
dispatch | jimat hari; warkah rasmi | Sejarah | Tiada | 2. Warkah rasmi: Sesuatu yang dikirim terutamanya laporan kerajaan atau tentera atau apa saja dokumen untuk urusan rasmi negara. |
mood music | muzik suasana | Komunikasi | Korporat | Muzik yang digunakan dalam majlis rasmi atau tidak rasmi dalam persembahan penerbitan. Muzik yang dipilih disesuaikan dengan watak dan keadaan yang sedang berlangsung. Muzik ini boleh wujud dalam pelbagai rentak dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang disesuaikan dengan suasana persembahan. Muzik suasana berfungsi untuk meningkatkan kesan perasaan kepada khalayak terhadap mesej yang disampaikan. Dalam kempen perhubungan awam, muzik suasana memainkan peranan penting bagi melengkapkan suasana majlis atau persembahan. Pemilihan jenis muzik merupakan strategi yang perlu diberikan perhatian. Jenis muzik yang dipilih boleh melambangkan citra penganjur. Selain itu, penggunaan muzik suasana juga boleh mewujudkan daya ingatan dan tarikan dalam kalangan khalayak yang hadir. Di samping itu, muzik suasana berfungsi untuk menenangkan fikiran dan menjadikan khalayak berasa damai dan lebih selesa. |
dress suit | sut rasmi malam | Kesenian | Tiada | Sut rasmi yang dipakai oleh kaum lelaki Eropah pada waktu malam yang terdiri daripada kot bajang, berlapel satin, seluar padanan berjalur satin di sisinya yang dipadankan dengan kemeja rasmi, rompi dan tali leher kupu-kupu berwarna putih. |
think tank | kumpulan pemikir | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kumpulan individu yang dilantik secara rasmi atau tidak rasmi, yang bertindak sebagai pakar dalam sesuatu bidang untuk membantu kerajaan atau pihak lain dalam menyelesaikan sesuatu perkara, menyediakan maklumat yang diperlukan serta pandangan bernas untuk sesuatu strategi organisasi tersebut. Kumpulan pemikir biasanya menjadi tunggak utama dalam menjayakan sesuatu sasaran dan perancangan organisasi. Mereka juga bertindak sebagai jururunding sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara dilaksanakan. ISIS (Institute of Strategic and International Studies), merupakan kumpulan pemikir untuk kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohammad. |
robe de chambre | jubah kamar | Kesenian | Tiada | 1. Istilah pakaian kasual lelaki pada abad ke-17 untuk upacara rasmi dan tidak rasmi.,2. Istilah untuk pakaian wanita pada abad ke-17. |
informal group | kumpulan tak rasmi | Pengurusan | Perancangan | Individu-individu dalam organisasi yang membentuk satu kumpulan secara sukarela dan bukan atas kapasiti tugas rasmi tetapi masih mampu untuk melakukan kerja secara bersama-sama. Kepentingan kumpulan ini dalam pengurusan organisasi ialah mereka mampu meningkatkan moral dan motivasi dalam kalangan pekerja, selain dapat mewujudkan sistem komunikasi tidak rasmi yang berkesan. Contoh kumpulan tak rasmi dalam organisasi ialah kelab sukan dan badan kebajikan pekerja. |
pawn offical registration | pendaftaran rasmi gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pendaftaran khas yang rasmi untuk menggantikan peranan terima serahan oleh pegadai. Pendaftaran ini diperlukan terutamanya bagi barang gadaian dalam bentuk barang tak alih seperti rumah dan tanah kerana barang ini tidak boleh diserahkan secara fizikal. Mahkamah atau pejabat daerah boleh melakukan pendaftaran rasmi untuk memelihara barang gadaian serta menjadi tempat terima serahan yang sah bagi pihak pegadai. |