Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.suah] | رسواه

Definisi : pemberian utk menumbuk rusuk (me­nyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap): Jabatan Pencegah R~; merasuahi memberi rasuah kpd: dia dituduh ~ pegawai itu; perasuah orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.suah] | رسواه

Definisi : 1 perbuatan yg salah di sisi undang-undang spt menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab dll). 2 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg sokongan: Dia dipecat kerana menerima ~ sebanyak RM5,000/-. perasuah orang yg memberi rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasuah (kata nama)
Bersinonim dengan tumbuk rusuk, wang suap, wang sogok, sorong, duit kopi, tip, korapsi, rayap;,
Kata Terbitan : merasuahi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anti-corruptionantirasuahPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang diambil bagi mencegah amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tindakan ini diambil kerana gejala rasuah boleh mengancam keselamatan negara dan ketidakadilan dalam masyarakat. Sebagai langkah utama, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegah Rasuah dan memperkenalkan pelbagai peraturan antirasuah seperti pelaksanaan Akta Pencegah Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Kerajaan juga melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi membentuk sebuah masyarakat yang bermoral tinggi dan beretika sebagai tindakan untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Anti-Corruption BureauBadan Pencegah RasuahPentadbiranTiadaInstitusi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengesan dan mengenal pasti salah laku rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Siasatan dibuat berasaskan kepada aduan, maklumat dan risikan yang dilakukan secara menyeluruh dan cekap. Penubuhan institusi ini adalah untuk memastikan kepentingan awam dan keadilan terjamin berlandaskan undang-undang dan peraturan negara. BPR membantu ketua organisasi sektor awam dan swasta mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melanggar peraturan dan kod etika kerja, berasaskan laporan yang komprehensif. Pada masa yang sama, institusi ini bertindak menyekat punca dan peluang salahlaku rasuah serta penyalahgunaan kuasa akibat kelemahan dalam sistem pengurusan. Institusi ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
corporate corruptionrasuah korporatKriminologiKeadilan JenayahTindakan memberi atau menerima rasuah oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, pengurus syarikat yang menerima habuan daripada individu tertentu, bertujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil.
bureaucratic corruptionrasuah birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Pemberian untuk menyogok atau menyuap kakitangan perkhidmatan awam bagi mendapatkan sesuatu faedah sebagai pulangan. Pemberian ini membolehkan seseorang yang berkuasa melakukan sesuatu tindakan untuk kepentingan individu dan orang yang memberi suapan tersebut. Rasuah ini juga boleh berlaku dalam bentuk salahguna kuasa pegawai yang bertanggungjawab untuk kepentingan diri atau pihak tertentu. Amalan rasuah dan penyelewengan birokrasi merosakkan imej dan menjejaskan kepentingan awam. Sebagai contoh, pemberian sogokan wang kepada pengarah jabatan kerajaan untuk mendapatkan tender pembinaan jambatan. Sinonim penyelewengan birokrasi

corruptionrasuahUndang-undangTiadaTiada
corruptrasuahUndang-undangTiadaTiada
briberyrasuahPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.

graftrasuahSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
corruptionrasuahKriminologiKeadilan JenayahPenyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil.
petty corruptionrasuah kecilUndang-undangTiadaPenyalahgunaan kuasa di peringkat bawahan yang melibatkan jumlah wang yang kecil untuk kepentingan peribadi.
1234

Kembali ke atas