Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.sul] | رسول

Definisi : = ~ Allah utusan atau pesuruh Allah yg dipilih-Nya utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan diwajibkan me­nyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Nabi Isa ialah seorang ~; utusan atau pesuruh Allah yg dipilih-Nya utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan diwajibkan me­nyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Nabi Isa ialah seorang ~; R~ Allah gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW; sunah ~ per­buatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi Muhammad SAW yg digalakkan diikuti oleh orang Islam; R~ Allah gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW; sunah ~ per­buatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi Muhammad SAW yg digalakkan diikuti oleh orang Islam; kerasulan perihal rasul (sifat, martabat, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.sul] | رسول

Definisi : , = ~ Allah utusan atau pesuruh Allah yg telah menerima syariat utk disampaikan kpd umatnya: (Baginda) ~ Allah Nabi Muhammad SAW; sunah ~ perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW. kerasulan hal-hal mengenai rasul; sifat rasul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI ILIASA‘ A.S.

Nabi Iliasa‘ a.s. ialah salah seorang nabi

keturunan Bani Israel. Al-Qur’an mengkategorikan

Nabi Iliasa‘ a.s. ke dalam kumpulan rasul-rasul yang

wajib diimani. Nabi Iliasa’ a.s. menyampaikan

dakwah setelah kewafatan Nabi Ilias a.s. Dakwah

Nabi Iliasa‘ a.s. ialah beriman kepada Allah SWT

dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa

oleh Nabi Ilias a.s. dan syariatnya.

UMUM 
RASULNabi pilihan yang memiliki mukjizatAGAMAJawatan/Gelaran
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 
MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul, ulang tahun keputeraan Rasulullah SAW, iaitu hari kebesaran Islam yang disambut selepas abad    ke-3 H. Sambutan ini diraikan pada 12 Rabiulawal, dan aktivitinya berterusan sepanjang bulan tersebut.  

AGAMAPeristiwa
OTHMAN RASUL

OTHMAN RASUL (1940 -        ), penulis. Dia lahir pada 3 Ogos 1940 di Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan, Perak. Nama sebenarnya ialah Othman bin Mohd. Rasul. Othman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan (1948 – 1951) hingga tamat Darjah Empat. Kemudian dia meneruskan persekolahan dalam aliran Inggeris apabila dia memasuki Special Malay Class di Government English School, Teluk Intan (1952 – 1954).

SASTERATokoh
MAULID RASUL

MAULID RASUL, perayaan tahunan untuk memperingati dan memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.  Perayaan ini diadakan pada tarikh kelahiran baginda iaitu 12 Rabiulawal.  Perayaan ini bermula lebih kurang pada abad ke-8 H. Di Mesir.

BUDAYAPerayaan/Upacara
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 
RUKUN IMANrukun yang mengandungi enam perkara iaiatu percaya akan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan Qada' dan Qadar-Nya.AGAMAKonsep
AL-QUR’AN AL-KARIM

Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang

diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad

SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan

Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf,

diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan

membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai

dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah

an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal.

UMUM 
1234

Kembali ke atas