Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ting] | راتيڠ

Definisi : bp kadar kepopularan sesuatu rancangan radio atau televisyen yg diukur berdasarkan jumlah pendengar, penonton dsb: tayangan klip video Barat menarik minat penonton remaja dan menaikkan ~ rancangan dan keuntungan hasil iklan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rating


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk perkataan 'rating'. Cth ayat - Rating Services, credit rating, rating portfolio, rating industry. Atau adakah cara lain yang boleh membantu saya untuk mendapatkan bantuan bagi sebarang terjemahan untuk perkataan-perkataan tertentu? Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rating ialah kadaran/pengadaran/pemerinkatan. Saudara boleh mendapatkan padanan perkataan melalui Carian Kata melalui KNDBP dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka.    Istilah10.04.2009
Star Ratingkadaran bintang - istilah kejuruteraanIstilah26.02.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah terjemahan sesuai untuk Rating driver (i.e. memberi markah kepada prestasi pemandu) DBP: Mohon tuan/ puan memberikan ayat dalam bahasa sumber (bahasa Inggeris) yang lengkap untuk memudahkan kami memberikan padanan yang tepat dalam bahasa Melayu. Maklum balas: 1. Giving rating to a driver is very important 2. Rate our apps in Google App

Kami mencadangkan padanan driver’s rating ialah “penarafan pemandu”.

Lain-lain22.09.2021
Saya mohon pencerahan untuk terjemah "rating of perceived exertion" yang membawa maksud "a subjective measure used to assess an individual perception of how hard they feel they are working during physical activity or exercise", adakah sesuai jika saya terjemah kepada "penilaian upaya yang dirasai"?Padanan perkataan “rating of perceived exertion” ialah penilaian kekuatan kendiri atau penilaian tenaga kendiri bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna18.07.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah terjemahan sesuai untuk Rating driver (i.e. memberi markah kepada prestasi pemandu)Mohon tuan/ puan memberikan ayat dalam bahasa sumber (bahasa Inggeris) yang lengkap untuk memudahkan kami memberikan padanan yang tepat dalam bahasa Melayu.Lain-lain18.09.2021
Salam. Diharap pihak DBP dapat menegur pihak Institut Aminudin Baki (IAB) yang memaksa kami para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan istilah "Sistem Star Rating" dalam menyediakan dokumen rasmi. Ini berlawanan dengan dasar MBMMBI. Istilah ini adalah salah dalam BM dan BI.Hal ini kami ambil maklum untuk melaksanakan pemantauan dan disusul dengan nasihat dan teguran. Untuk makluman saudara, kami telah bertanyakan perkara ini kepada pihak Institut Aminudin Baki dan pihak tersebut mengakui penggunaan istilah Sistem Star Rating dalam organisasi tersebut.  Lain-lain05.04.2012
penggunaan perkataan "dari" dan "di terapkan" dalam ayat berikut: Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu "dari" 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan bintang (star rating) 5 dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S "di terapkan" di Kementerian Luar Negeri. Penggunaan yang betul perkataan "mencakup", "mempraktikkan" dan "dipraktikkan". Ayat tersebut seperti berikut: Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum juga, Amalan 5S ini "mencakup" konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi jabatan/bahagian yang belum lagi "mempraktikkan" amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu Bahagian ini ingin menyarankan agar wakil di hantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat "dipraktikkan" di Jabatan/bahagian lain. Perkataan "koding". Ayat: Sistem "koding" dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang "dipraktikkan di Stro Utama. Sistem "koding" berwarna yang memudahkan penyusunan strok supaya selaras dengan kehendak Pekeliling berkaitan.

Penggunaan yang betul ialah:

1. Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu daripada 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan lima bintang (star rating) daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S diterapkan di Kementerian Luar Negeri.

2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Amalan 5S ini mencakupi konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi bahagian/jabatan yang belum lagi mempraktikkan amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu, kami menyarankan agar wakil setiap bahagian/jabatan dihantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat dipraktikkan di bahagian/jabatan masing-masing.

3. Sistem pengekodan dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang dipraktikkan di Stor Utama. Sistem pengekodan berwarna yang memudahkan penyusunan stor selaras dengan peraturan dalam Pekeliling yang berkaitan.

Tatabahasa31.03.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya lihat media massa banyak menggunakan istilah "sekuel" dan "prekuel" bagi menggambarkan sesuatu drama, filem dan sebagainya. Adakah istilah-istilah ini akan dimasukkan dalam Kamus Dewan, atau adakah terdapat istilah lain yang seerti dengannya? Pada perhatian saya, istilah "genre", "trend" dan "rating" pula sudah wujud dalam Kamus Dewan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Perkataan “genre” dan “trend” telah diterima pakai untuk penggunaan maksud rasmi. Manakala perkataan “rating” tidak sesuai digunakan untuk maksud rasmi kerana dikategorikan sebagai bahasa percakapan. Untuk makluman tuan/puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Perkataan “sekuel” dan “prekuel” tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, hasil carian kami, hanya menjumpai perkataan “sequel” sahaja yang membawa maksud susulan, contoh ayat: Sudah ada empat susulan filem “Superman”.

Untuk makluman tuan/puan juga, konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan istilah yang sedia ada.

Istilah20.12.2017
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih.Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu.  Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80.Lain-lain11.03.2012

Kembali ke atas