Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.tus] | راتوس

Definisi : bilangan sepuluh kali sepuluh; seratus satu ratus (100); beratus-ratus beberapa ratus: ~ rakyat mati; meratus 1. sl beratus-ratus; 2. = me­nyeratus; ~ hari mengadakan kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah meninggal; ratusan 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan di­kumpul­kan dgn satuan, puluhan dgn puluhan, dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu; peratus 1. = perseratus, seperatus satu di­bahagi dgn seratus ( ); 2. persen: sepuluh ~ 10%; seratus ~ a) 100%; b) ki seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi): kekotoran dan kedurjanaannya sudah seratus ~ ter­dedah; peratusan 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah berumur juga kian me­ningkat; 2. persen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.tus] | راتوس

Definisi : ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. ber­­kata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.tus] | راتوس

Definisi : Jw ark sj dupa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.tus] | راتوس

Definisi : bilangan seratus-seratus: se~ bilangan yg banyaknya sepuluh kali sepuluh. beratus-ratus beberapa ratus. ratusan 1 beberapa ratus; beratus-ratus. 2 angka yg menduduki rumah ratus pd bilangan yg terdiri drpd tiga angka atau lebih: Pd bilangan 233, ~nya ialah 2. peratus drpd seratus: sepuluh ~ 10%. peratusan kadar atau bilangan mengikut peratus. seratus satu ratus; 100. ~ peratus a. 100%. b. semuanya. perseratus dibahagikan dgn seratus. seperseratus satu dibahagikan dgn seratus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ratus
Kata Terbitan : meratus,

Puisi
 

Kucing kurus di tepi tebat,
     Duduk merana tinggal tulang;
Tujuh ratus carikan ubat,
     Jodoh sampai barulah senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan"Puan,

Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan.

Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian.
Makna12.07.2017
“beratus-ratus” bersifat tidak tentu kerana ia bermaksud beberapa ratus menurut kamus Dewan dan tidak mempunyai nilai yang spesifik seperti tiga ratus. Persoalannya,kenapa “beratus-ratus” dikategorikan sebagai kata bilangan himpunan dalam buku Tatabahasa Dewan dan bukan dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu?Apakah ciri yang membezakan kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu?Kata bilangan himpunan merujuk kumpulan benda dan lazimnya dalam bentuk kata ganda. Pada asalnya kata bilangan ini merupakan kata bilangan tentu seperti 100 orang dan 1000 guni beras tetapi telah mengalami penggandaan mengakibatkan ia terkeluar daripada kategori kata bilangan tentu. Walau bagaimanapun perkataan tersebut tidak boleh dikategorikan kata bilangan tak tentu kerana tidak setara dengan perkataan yang lain seperti semua, para dan banyak.Tatabahasa11.08.2020
apakah ejaan lama bagi perkataan `empat ratus` sebelum 1972 ? Empat ratus atau empat ratos?Jawapannya ialah empat ratus.Lain-lain04.11.2010
Yang mana ejaan yang betul:REMPAH RATUS atau REMPAH -RATUS? Kedua-dua bentuk ejaan ini terdapat dalam PRPM. Contoh dalam PRPM: Soalan dalam Khidmat Nasihat bertarikh 25.4 2011 (ada sempang) Pengesahan Bahasa bertarikh 29.8.2013 (tiada sempang)Ejaan yang betul ialah rempah-ratus. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Empat untuk carian ejaan yang betul.Ejaan18.09.2013
As salam. Saya nak tanya. Betul ke istilah dalam bahasa kita sebut dua puluh lapan ratus atau tiga belas ratus?Dalam bahasa Melayu, penulisan yang betul ialah dua ratus lima puluh ribu (250 000) dan  tiga belas ribu (13 000).Tatabahasa02.12.2013
beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat. adakah beratus-ratus perlu digantui dengan beberatus atau beratus-ratusan ?

Sdr. Teoh,

.......beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat adalah betul . Jangan tukar kepada beberatus atau beratus-ratusan . Terima kasih

Tatabahasa01.04.2010
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Beratus-ratus penduduk negara itu kehilangan tempat tinggal akibat banjir. Pertanyaan: Adakah beratus-ratus penduduk betul? Terima kasih.Beratus-ratus merupakan kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Kata bilangan juga boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Sehubungan dengan itu, penggunaan beratus-ratus penduduk atau beratus-ratus orang penduduk betul.Tatabahasa06.03.2021
1)Apakah perbezaan perkataan dengan imbuhan mem...kan dan imbuhan mem sahaja? Contohnya, memberi dan memberikan. 2)bagaimanakah kita hendak membezakan sama ada perkataan itu dieja dengan '-' atau tidak. Contohnya sampah sarap @ sampah-sarap, rempah ratus @ rempah-ratus 3)yang mana satu betul ? Menghentikan @ memberhentikan? Jikalau kedua-duanya betul, apakah perbezaannya?Awalan mem- ialah salah satu daripada alomorf meN-, iaitu kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan seperti mengarang dan mengaum; serta menyatakan keadaan seperti seperti membujang dan memanjang. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 - 161. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar seperti ... merundingkan Projek Ikhtiar; maksud kausatif atau menyebabkan seperti ... membesarkan rumah; dan maksud benefaktif atau manfaat seperti ... membelikan adik buku. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 197.Tatabahasa28.10.2014
Semasa mengacara majlis ..perlu tidak kita menyebut RM. /ringgit Malaysia 500..atau lebih tepat lima ratus ringgit.yg mana perlu saya gunakan?Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Lima Ratus Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan dan pengacaraan  lazimnya disebut  Lima ratus ringgit atau boleh juga disebut Ringgit Malaysia Lima ratus.Lain-lain27.04.2018
Boleh tak beri penjelasan mengapa semak samun tidak perlu letak tanda "-" tetapi rempah-ratus perlu tanda sempang sedangkan rempah dan ratus juga mempunyai maksudnya sendiri

Perkataan “semak samun” tidak menggunakan tanda sempang kerana merupakan kata majmuk, manakala “rempah-ratus” merupakan kata ganda berentak dan perlu diletakkan tanda sempang.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 135 dan 138.

Tatabahasa12.12.2023
123456

Kembali ke atas