[ra.tus] | راتوس
Definisi : bilangan sepuluh kali sepuluh; seratus satu ratus (100); beratus-ratus beberapa ratus: ~ rakyat mati; meratus 1. sl beratus-ratus; 2. = menyeratus; ~ hari mengadakan kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah meninggal; ratusan 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan dikumpulkan dgn satuan, puluhan dgn puluhan, dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu; peratus 1. = perseratus, seperatus satu dibahagi dgn seratus ( ); 2. persen: sepuluh ~ 10%; seratus ~ a) 100%; b) ki seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi): kekotoran dan kedurjanaannya sudah seratus ~ terdedah; peratusan 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah berumur juga kian meningkat; 2. persen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.tus] | راتوس
Definisi : ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.tus] | راتوس
Definisi : Jw ark sj dupa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.tus] | راتوس
Definisi : bilangan seratus-seratus: se~ bilangan yg banyaknya sepuluh kali sepuluh. beratus-ratus beberapa ratus. ratusan 1 beberapa ratus; beratus-ratus. 2 angka yg menduduki rumah ratus pd bilangan yg terdiri drpd tiga angka atau lebih: Pd bilangan 233, ~nya ialah 2. peratus drpd seratus: sepuluh ~ 10%. peratusan kadar atau bilangan mengikut peratus. seratus satu ratus; 100. ~ peratus a. 100%. b. semuanya. perseratus dibahagikan dgn seratus. seperseratus satu dibahagikan dgn seratus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)