Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.tus] | راتوس

Definisi : bilangan sepuluh kali sepuluh; seratus satu ratus (100); beratus-ratus beberapa ratus: ~ rakyat mati; meratus 1. sl beratus-ratus; 2. = me­nyeratus; ~ hari mengadakan kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah meninggal; ratusan 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan di­kumpul­kan dgn satuan, puluhan dgn puluhan, dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu; peratus 1. = perseratus, seperatus satu di­bahagi dgn seratus ( ); 2. persen: sepuluh ~ 10%; seratus ~ a) 100%; b) ki seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi): kekotoran dan kedurjanaannya sudah seratus ~ ter­dedah; peratusan 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah berumur juga kian me­ningkat; 2. persen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.tus] | راتوس

Definisi : ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. ber­­kata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.tus] | راتوس

Definisi : Jw ark sj dupa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.tus] | راتوس

Definisi : bilangan seratus-seratus: se~ bilangan yg banyaknya sepuluh kali sepuluh. beratus-ratus beberapa ratus. ratusan 1 beberapa ratus; beratus-ratus. 2 angka yg menduduki rumah ratus pd bilangan yg terdiri drpd tiga angka atau lebih: Pd bilangan 233, ~nya ialah 2. peratus drpd seratus: sepuluh ~ 10%. peratusan kadar atau bilangan mengikut peratus. seratus satu ratus; 100. ~ peratus a. 100%. b. semuanya. perseratus dibahagikan dgn seratus. seperseratus satu dibahagikan dgn seratus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ratus
Kata Terbitan : meratus,

Puisi
 

Kucing kurus di tepi tebat,
     Duduk merana tinggal tulang;
Tujuh ratus carikan ubat,
     Jodoh sampai barulah senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spicesRempah ratusPertanianTiadaMerujuk kepada tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan. Bahagian tumbuhan yang digunakan sama ada daun, buah, biji, bunga, kulit batang, batang dan akar. Rempah ratus mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa dan warna pada masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contoh rempah ratus ialah serai, daun kesom, ketumbar, kunyit, halia, kayu manis dan jintan manis.
herbs and spicesrempah ratusHerbaTiadaPelbagai campuran bahan rempah dan herba seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, jintan dan lada hitam. Rempah ratus digunakan dalam masakan dan penjagaan kesihatan.
spicesrempah ratusHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan sama ada dalam bentuk segar atau kering. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, buah, biji, bunga, rizom, kulit batang, batang dan akar. Tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa sedap dalam masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, serai, daun kesum, ketumbar, lada hitam, kunyit, halia, lengkuas, kayu manis dan jintan manis.
army worm (Spodoptera mauritia)ulat ratus (Spodoptera mauritia)PertanianTiadaTiada
driver ants/ legionary antsemut ratusBiologiEntomologiSerangga karnivor dalam famili Dorylinae yang hidup di dalam sarang sementara dan berpindah dalam satu barisan panjang yang menyerupai askar, dan kadang-kadang jumlahnya mencapai seratus ribu ekor dalam satu barisan. Serangga ini dikenal juga sebagai semut askar atau semut pemandu.
cutwormulat penggalBiologiEntomologilihat ulat ratus.
intronintronBioteknologiTiadaKawasan DNA yang terdiri daripada beberapa ratus pasangan bes dalam gen eukariot, yang tidak diekspresikan dalam molekul protein atau dalam RNA matang. Intron membahagikan gen DNA eukariot kepada bahagian-bahagian yang tidak bersentuhan antara satu sama lain.
instability linegaris ketaksbilanSainsHidrometeorologiGaris atau jalur, biasanya beberapa ratus kilometer panjang, yang di sepanjangnya fenomena ketaksbilan (0lakan) sedikit atau sederhana wujud tetapi tidak terdapat perenggan permukaan; walau bagaimanapun pada garis sebegini mungkin terdapat palung arah atas. Apabila fenomena tak stabil itu kencang ia selalunya diistilahkan sebagai garis badai.
bulk samplesampel pukalGeologiTiadaSampel bersaiz besar yang jumlahnya beberapa ratus atau lebih yang diambil pada jarak yang sama.
rice grainsbeberasMatematikTiadaTompok halus yang amat cerah dan beratus-ratus batu panjangnya, yang menonjol keluar dari latar belakang permukaan matahari yang lebih gelap. Tompok ini kebanyakannya kelihatan berhampiran dengan pusat cakera. Sifatnya tidak kekal, dan coraknya berubah dalam masa beberapa minit sahaja.
12345

Kembali ke atas