Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Br sj ukiran lama yg biasanya terdapat pd bahagian tertentu rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rawai-rawai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
automated longlinerawai automatikPerikananTiadaRawai yang beroperasi secara automatik dengan menggunakan mesin. Semua proses merawai bermula daripada pemasangan umpan pada mata kail, memasang rawai, menarik rawai dan membuka tangkapan daripada mata kail dilakukan oleh mesin secara automatik. Penggunaan alat ini boleh meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa operasi. Hasil tangkapan menggunakan alat ini selalunya bermutu tinggi kerana boleh menangkap ikan daripada pelbagai jenis dan saiz yang dikehendaki sahaja.
horizontal longlinerawai mendatarPerikananTiadaRawai yang dipasang secara mendatar, iaitu selari dengan dasar laut. Rawai ini biasanya digunakan dalam aktiviti penangkapan ikan secara komersial. Ikan demersal seperti kerapu, merah dan gerepuh biasanya ditangkap menggunakan alat ini.
longlinerawaiPerikananTiadaTiada
longlinerawaiPerikananTiadaAlat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk kail yang digantungkan pada tali atau rotan yang terentang di dalam air.
vertical longlinerawai tegakPerikananTiadaTiada
drift long linerawai hanyutPerikananTiadaTiada
passive gearperalatan pasifPerikananTiadaSemua jenis peralatan menangkap ikan yang dipasang secara statik di tempat tertentu supaya ikan terperangkap. Ikan akan bergerak ke arah peralatan pasif, contohnya bubu, kelong dan rawai yang dipasang dan ikan akan terperangkap di dalamnya. Peralatan ini dianggap sangat mesra sumber kerana sasarannya hanya tertumpu pada spesies tertentu dan operasinya yang juga terhad di kawasan tertentu sahaja. Sifat selektif peralatan ini membolehkannya digunakan untuk tujuan pengurusan sumber perikanan.
blue trevallydemuduk biruPerikananTiadaSejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, spesies Caranx ferdau yang hidup di kawasan laut dalam yang berterumbu karang. Ikan demuduk biru bersaiz besar biasanya berenang bersendirian, manakala ikan yang bersaiz kecil berenang secara berkumpulan. Ikan ini ditangkap dengan menggunakan rawai serta pancing dan dikelaskan sebagai ikan rekreasi.
isobathisobatPerikananTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan. Sinonim isodep.
isobathisobatSains MarinTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan.
12

Kembali ke atas