Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.wan] | راون

Definisi : = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita; sayu ~ sayu dan rawan; berawan = ~ hati berasa rawan; merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd); merawankan = ~ hati menimbulkan (mem­bangkitkan, mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati; kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, ke­haruan: ~ hati seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan di­rasainya terlalu pincang; perawan yg merawankan hati: ~ hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wan] | راون

Definisi : ; tulang ~ a) tulang yg lembut, tulang muda; b) tulang dada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wan] | راون

Definisi : penjodoh bilangan yg menyatakan selengkap (jala, jaring, kancing baju, dll); se~ jala satu jala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wan] | راون

Definisi : , = ~ hati berasa sayu; rindu bercampur sedih; terharu kerana mendengar cerita sedih dsb: Hatinya terlalu ~ mendengar cerita Bawang Putih Bawang Merah itu. merawankan menimbulkan rasa rawan: Suaranya sedih dan ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.wan] | راون

Definisi : penjodoh bilangan utk beberapa benda (spt kancing baju, jala) yg bererti selengkap: se~ jala; se~ kancing baju; se~ tali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.wan] | راون

Definisi : ; tulang ~ tisu perantara yg kuat (teguh) yg melekat pd sendi haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rawan
Rujuk :masyghul

Puisi
 

Kenari burung sekawan,
     Ambil padi saya taburkan;
Hati rindu bertambah rawan,
     Tempat mana nak saya hiburkan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Gigi tanggal, rawan murah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD RAWAN?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, rawan bermaksud hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu.Makna01.07.2010
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerongsang? Dalam Kamus Dewan. rawan untuk kancing baju, adakah penggunaan rawan juga sesuai untuk kerongsang? Atau, kerongsang tidak perlu ada penjodoh bilangan? 2)Yang mana satukah yang betul? a) sebentuk anak kunci, atau b) sebatang anak kunci? a) sebuah ibu kunci/mangga, atau b) sebentuk ibu kunci/mangga,atau c) tidak perlu penjodoh bilangan? 3)Adakah apa-apa kesilapan dalam ayat ini? 'Sampah sarap itu berpunca daripada sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab' Terima kasih.

Penggunaan penjodoh bilangan lazimnya bergantung kepada bentuk fizikal bahan tersebut. Melihat kepada fizikal kerongsang penjodoh bilangan yang sesuai ialah bentuk. Walau bagaimanapun jika bentuk fizikal kerongsang seperti kancing baju maka boleh digunakan rawan sebagai penjodoh bilangannya. Begitu juga dengan penjodoh bilangan untuk anak kunci boleh digunakan sebentuk atau sebatang, lihat kepada bentuk fizikalnya. Kami telah beberapa kali menerima pertanyaan tentang soalan ini, kami cadangkan suadara rujuk kepada Majlis Peperiksaan atau Jabatan Pelajaran Negeri yang menyediakan soalan tersebut.

Tatabahasa03.08.2011
Apakah penjodoh bilangan bagi Jala?Penjodoh bilangan bagi jala ialah rawan, contohnya serawan jala.Tatabahasa27.04.2012
Salam, Bolehkah tuan/puan kategorikan perkataan 'terharu' sama ada perkataan ini dikira kata adjektif atau kata kerja? terima kasih.Salam,
Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu. Oleh itu, "terharu" bukan kata kerja, tetapi kata adjektif.
Istilah19.06.2014
bolehkah perkataan terharu digunakan untuk perkara yang sedih? contohnya, terharu dengan pembunuhan itu. kerana kebiasaannya ia digunakan untuk perkara yang menyentuh hati tapi menggembirakan berbanding perkataan terkilan.Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu dan terharu tidak menggambarkan perasaan gembira.Tatabahasa11.06.2012
Jamila berasa ______ melihat keadaan neneknya. Jawapan manakah yang lebih sesuai? A.sedih B. simpati Apakah perbezaan antara 'sedih' dan 'simpati'?Jawapannya ialah berasa sedih. Sedih bermaksud berasa sangat terharu atau rawan, manakala simpati bermaksud perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan. Daripada ayat di atas tidak ada keterangan lanjut yang membolehkan penggunaan perkataan simpati kerana ayatnya umum, oleh itu perkataan sedih lebih sesuai.Tatabahasa17.07.2010
Adakah terjemahan struktur ayat berikut tepat dan apa terjemahannya yang sesuai? > Torpedo is a genus of a large rays, a flat cartilaginous fishes in the family Torpedinidae, the electric ray. > Torpedo ialah genus pari besar, ikan berawan leper dalam keluarga Torpedinidae, iaitu pari karan.Struktur ayat dalam bahasa Melayu dibetulkan kepada: Torpedo ialah genus pari besar yang mempunyai rawan leper. Terpode atau pari elektrik merupakan keluarga Torpedinidae.Tatabahasa26.10.2023
Berikut beberapa pertanyaan tambahan dari saya. 7. Mengapa kata “selsius” tidak ada di dalam kamus? Apakah alasan DBP menggunakan ejaan bahasa Inggris iaitu “celsius”? 8. Adakah lagu boleh dianggap atau dikategorikan sebagai salah satu bentuk syair? 9. Adakah kata “rentan” boleh digunakan untuk hal-hal selain dari penyakit? Seperti contoh, “Indonesia merupakan negara rentan gempa bumi kerana kedudukan geografinya yang berada di kawasan lingkaran api pasifik.” Dalam bahasa Indonesia, terdapat kata “rawan” yang bererti mudah menimbulkan gangguan keamanan atau bahaya. 10. Mengapa kata “iya” tidak terakam di dalam kamus Dewan? Mengapa DBP menggunakan ejaan “ia”? Sedangkan kata “ia” juga mempunyai maksud yang lain. Pada hemat saya, lebih wajar sekiranya ejaan “iya” digunakan dan dirakamkan dalam kamus Dewan untuk mewujudkan perbezaan antara “ia” yang bermaksud “ya” dan “ia” yang bermaksud kata ganti nama. Mohon dipertimbangkan. 11. Adakah bahasa Melayu klasik yang berkembang sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka menggunakan dialek Melayu baku atau dialek Johor-Riau? 12. Siapakah yang mencipta sebutan/dialek baku bahasa Melayu? Kerana ada yang mengatakan bahawa Raja Ali Haji adalah orang yang pertama kali mewujudkan dan menyusun penyebutan baku untuk bahasa Melayu. Mohon jawaban dari pihak DBP untuk kesemua 12 pertanyaan berikut. Terima kasih.7. Selsius tidak terakam di dalam kamus kerana ejaan yang disepakati oleh MABBIM ialah Celsius. Kependekan juga digunakan bagi maksud Celsius atau Centigrade yang selaras dengan skala sukatan antarabangsa.
8. Sesebuah lagu boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk syair jika memenuhi ciri-ciri puisi tradisional tersebut.
9. Makna kata rentan yang terakam dalam kamus terbitan DBP masih berkenaan penyakit. Jika kata tersebut telah meluas digunakan dan difahami oleh masyarakat bagi maksud yang lain, secara lazimnya akan dirakamkan sebagai peluasan makna. 
10. Kata ia bagi maksud ya telah terakam dalam kamus DBP sejak tahun 1970 lagi. Cadangan untuk menukar ia dengan ejaan iya bagi membezakan dengan makna ia (kata ganti nama) akan dipertimbangkan dan diputuskan bersama-sama pakar bahasa.
11. Bahasa Melayu klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka tidak menggunakan bahasa Melayu baku. Pelbagai dialek/bahasa sukuan dalam rumpun Melayu digunakan sebagai medium penyampaian maklumat di rantau ini.
12. Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan perancang bahasa yang menjalankan fungsi penubuhannya, termasuk pengekodan bahasa kebangsaan supaya menghasilkan ejaan dan sebutan yang baku atau standard. Usaha ini dilaksanakan oleh petugas DBP dengan kerjasama pakar bahasa dan pakar bidang, disokong oleh ilmu yang ditinggalkan oleh tokoh-tokoh hebat yang terdahulu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 3-40).
Lain-lain07.06.2023

Kembali ke atas