Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ya] | راي

Definisi : 1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~ sj badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang besar; hari ~ = Hari R~ Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; hari ~ besar a) Hari Raya Puasa; b) Hari Raya Haji; Hari R~ Haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama ~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji Hari Raya Haji; kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~ jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll; pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~ pilihan umum; rimba ~ rimba luas; beraya bp berhari raya; merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan negara; ~ hari jadinya; perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ya] | راي

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, Hibiscus rosasi­nensis (bunga kebangsaan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ya] | راي

Definisi : 1 besar: alam ~ dunia sejagat; gendang ~ gendang besar. 2 = hari ~ hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: Hari ~ Haji (Korban, Aidiladha) hari besar Islam yg diraikan pd 10 Zulhijah; Hari ~ Puasa hari besar Islam yg diraikan pd 1 Syawal. 3 awam; umum: balai ~ balai utk orang ramai. beraya berhari raya. merayakan me­muliakan atau membesarkan (hari atau peristiwa penting): ~ hari jadi. perayaan 1 perihal merayakan sesuatu. 2 upacara, majlis, pesta dll utk merayakan sesuatu; keramaian: ~ Maulud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Bermaksud :

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ketoi[k«.toj]kata namawang dalam nilai ringgit sebanyak 1 hingga 10 sahaja.Raya ni aku bagi sorang dua ketoi saja duet raya kat anak menakan aku.[ÒA.jA ni A.ku bA.gi s.ÒAN du.wA k«.toj sA.dZA du.wet ÒA.jA kAt A.nA/ m«.nA.kAn A.ku]Raya ini saya bagi seorang dua ringgit saja duit raya kepasa anak saudara saya.
   3. terlalu banyakDekat nak raya orang merenyut kat stesen baih.[d«.kAt nA/ ÒA.jA .ÒAN m«.Ò«.øut kAt stE.sen bAC]Menjelang hari raya orang terlalu ramai di stesen bas.
lampu lit lap[lAm.pu lit.lAp] lampu kelip-kelip.Dekat nak raya baru orang pasang lampu lit lap.[d«.kAt nA/ ÒA.jA bA.Òu .ÒAN pA.sAN lAm.pu lit.lAp]Menjelang hari raya barulah orang memasang lampu kelip-kelip.
bededam[b«.d«.dAm]kata adjektif1. berkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tersusun-susun; bededam-dedam.Raya baru ni rumah dia tu kue bededam.[ÒA.jA bA.Òu ni Òu.mAh di.jA kue b«.d«.dAm]Hari raya baru ini di rumahnya kuih bededam.
mut-mut[mut.mut]kata adjektifberkenaan dengan seseorang membuat sesuatu kerja dengan lambatRaya dah dekat, kalu hang dok jaet baju mut-mut lagu ni, bila nak siap.[ÒA.jA dAh d«.kAt kA.lu hAN do/ dZAet bA.dZu mut.mut lA.gu ni bi.lA nA/ si.jAp]Hari raya sudah dekat, kalau awak menjahit baju lambat seperti ini bila hendak siap.
beceretet[b«.tS«.ÒE.tEt]kata adjektif1. berkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tersusun; beceratoq.Dekat-dekat nak raya depa pasang pelita beceretet kelilin rumah.[d«.kAt.d«.kAt nA ÒA.jA dE.pA pA.sAN p«.li.tA b«.tS«.ÒE.tEt k«.li.lin Òu.mAh]Menjelang hari raya mereka memasang banyak pelita di sekeliling rumah.
bentiang[bEn.ti.jAN]kata namapapan tanda.Rumah tok bomo tu betoi-betoi depan bentiang nak masok jalan raya.[Òu.mAh to bo.mo tu b«.toj.b«.toj d«.pAn b«n.ti.jAN nA mA.so dZA.lAn ÒA.jA]Rumah tok bomoh tu betul-betul depan papan tanda hendak masuk ke jalan raya.
gedohoq[g«.do.h)Ö]kata nama1. dapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah, sabak.Dulu bila nak raya baru tok pakai gedohoq bila kacau dodoi.[du.lu bi.lA nA ÒA.jA bA.Òu to pA.kAj g«.do.h)Ö bi.lA kA.tSAw do.doj]Dahulu apabila hampir hari raya baru nenek pakai sabak untuk mengacau dodol.

Kembali ke atas