Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ya] | راي

Definisi : 1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~ sj badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang besar; hari ~ = Hari R~ Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; hari ~ besar a) Hari Raya Puasa; b) Hari Raya Haji; Hari R~ Haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama ~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji Hari Raya Haji; kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~ jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll; pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~ pilihan umum; rimba ~ rimba luas; beraya bp berhari raya; merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan negara; ~ hari jadinya; perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ya] | راي

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, Hibiscus rosasi­nensis (bunga kebangsaan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ya] | راي

Definisi : 1 besar: alam ~ dunia sejagat; gendang ~ gendang besar. 2 = hari ~ hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: Hari ~ Haji (Korban, Aidiladha) hari besar Islam yg diraikan pd 10 Zulhijah; Hari ~ Puasa hari besar Islam yg diraikan pd 1 Syawal. 3 awam; umum: balai ~ balai utk orang ramai. beraya berhari raya. merayakan me­muliakan atau membesarkan (hari atau peristiwa penting): ~ hari jadi. perayaan 1 perihal merayakan sesuatu. 2 upacara, majlis, pesta dll utk merayakan sesuatu; keramaian: ~ Maulud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Bermaksud :

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
begelubi[b«.g«.lu.bi]kata adjektifberkenaan jalan raya, papan dan lain-lain yang tidak rata.Jalan tu begelubi lepaih boh.[dZA.lAn tu b«.g«.lu.bi l«.pAC bh]Jalan itu menjadi tidak rata selepas dilanda banjir.
jujut[dZu.dZut]kata adjektifberkenaan cara bergerak atau berjalan beriringan dalam satu barisan lurus.Mase cuti raye, kerete jujut kat jalan raye.[mA.s« tSu.ti ÄA.j« k«.ÄE.t« dZu.dZut kAt dZA.lAn ÄA.j«]Masa cuti raya, kereta jujut di jalan raya.
mahne[mAh.n«]kata namatelekung dan kainnya, mengkane.Raye ni nok beli mok mahne baru.[ÄA.j« ni n/ b«.li m/ mAh.n« bA.Äu]Raya ini hendak beli emak telekung baru.
meleto[m«.l«.t]kata kerjamerempuh sesuatu.Kerete meleto budok tengoh leboh raye.[ke.ÄE.t« m«.l«.t bu.d/ t«.Nh l«.boh ÄA.j«]Kereta merempoh budak di tengah lebuh raya.

Kembali ke atas