Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ya] | راي

Definisi : 1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~ sj badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang besar; hari ~ = Hari R~ Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; hari ~ besar a) Hari Raya Puasa; b) Hari Raya Haji; Hari R~ Haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama ~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji Hari Raya Haji; kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~ jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll; pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~ pilihan umum; rimba ~ rimba luas; beraya bp berhari raya; merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan negara; ~ hari jadinya; perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ya] | راي

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, Hibiscus rosasi­nensis (bunga kebangsaan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ya] | راي

Definisi : 1 besar: alam ~ dunia sejagat; gendang ~ gendang besar. 2 = hari ~ hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: Hari ~ Haji (Korban, Aidiladha) hari besar Islam yg diraikan pd 10 Zulhijah; Hari ~ Puasa hari besar Islam yg diraikan pd 1 Syawal. 3 awam; umum: balai ~ balai utk orang ramai. beraya berhari raya. merayakan me­muliakan atau membesarkan (hari atau peristiwa penting): ~ hari jadi. perayaan 1 perihal merayakan sesuatu. 2 upacara, majlis, pesta dll utk merayakan sesuatu; keramaian: ~ Maulud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Bermaksud :

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Empat Hari Raya: masih raya ke?Pak Pandir ModenUtusan Malaysia13.06.1986
1 Syawal - Selamat Hari RayaRaya EromSabah Times14.04.1991
Pengguna jalan raya macam hantu rayaAdibah AminUtusan Malaysia04.10.1992
Kisah hantu raya mengamukHantu RayaUtusan Melayu07.06.1976
Selamat Hari Raya AidilfitriHantu RayaUtusan Melayu29.10.1979
Kasih mesra di hari rayaHantu RayaUtusan Melayu04.09.1978
Gara-gara menjelang hari rayaHantu RayaUtusan Melayu23.06.1984
Sinaran-sinaran bunga api sebelum hari rayaHantu RayaUtusan Melayu20.08.1979
Raya kali ini biarlah berisiAdibah AminUtusan Melayu12.04.1991
RayaTiadaBacaria01.03.1997
12345678910...

Kembali ke atas