Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ya] | راي

Definisi : 1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~ sj badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang besar; hari ~ = Hari R~ Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; hari ~ besar a) Hari Raya Puasa; b) Hari Raya Haji; Hari R~ Haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama ~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji Hari Raya Haji; kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~ jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll; pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~ pilihan umum; rimba ~ rimba luas; beraya bp berhari raya; merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan negara; ~ hari jadinya; perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ya] | راي

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, Hibiscus rosasi­nensis (bunga kebangsaan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ya] | راي

Definisi : 1 besar: alam ~ dunia sejagat; gendang ~ gendang besar. 2 = hari ~ hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: Hari ~ Haji (Korban, Aidiladha) hari besar Islam yg diraikan pd 10 Zulhijah; Hari ~ Puasa hari besar Islam yg diraikan pd 1 Syawal. 3 awam; umum: balai ~ balai utk orang ramai. beraya berhari raya. merayakan me­muliakan atau membesarkan (hari atau peristiwa penting): ~ hari jadi. perayaan 1 perihal merayakan sesuatu. 2 upacara, majlis, pesta dll utk merayakan sesuatu; keramaian: ~ Maulud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Bermaksud :

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
avenueparama marga, lebuh raya, jalan rayajalan raya/lebuh rayalebuhPertanian
highwayjalan rayalebuh rayalebuh rayaKejuruteraan
arterial roadjalan raya arterijalan raya arterijalan raya arteriKejuruteraan
highway landscapelanskap jalan rayalanskap lebuh rayalandskap lebuh rayaPertanian
road transportpengangkutan jalan rayapengangkutan jalan rayapengangkutan jalan rayaEkonomi
road safetykeselamatan jalan rayakeselamatan jalan rayakeselamatan jalan rayaEkonomi
road pricingperhargaan jalan rayaperhargaan jalan rayaperhargaan jalan rayaEkonomi
road networkjaringan jalan rayarangkaian jalan rayarangkaian jalan rayaEkonomi
road accidentkecelakaan jalan rayakemalangan jalan rayakemalangan jalan rayaEkonomi
grand composite curvekurva komposit rayalengkung komposit rayalengkung komposit rayaKejuruteraan
1234567

Kembali ke atas