Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.yon] | رايون

Definisi : bahan (kain) seakan-akan sutera yg diperbuat drpd selulosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.yon] | رايون

Definisi : sj kain sutera tiruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rayon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAYON

Rayon ialah sejenis serat yang dibuat di kilang. Serat

rayon ini diperbuat daripada kayu atau kapas. Ia

digunakan dengan meluas dalam pembuatan bahan

industri serta tekstil anyaman dan tenunan untuk

pakaian dan perhiasan fabrik. Sesetengah fabrik yang

diperbuat daripada rayon diolah khas supaya kalis

haba dan digunakan dalam bahagian tertentu

pesawat angkasa lepas.

UMUM 
TAFETA

Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras

yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera.

Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu

taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta

mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia

dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat

pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil

untuk membuat reben.

UMUM 
SERGE

Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat

daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia

mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib

serong atau rib miring pada permukaan kain.

Serge worsted digunakan untuk membuat

pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak

digunakan untuk lapik.

UMUM 
KASA

Kasa ialah kain yang nipis, terbuka yang dibuat

daripada kapas, sutera, rayon, atau serat sintetik.

Kasa (Gauze) mungkin mendapat namanya daripada

bandar purba, Gaza, di Palestin, tempat jenis kain

ini pertama kali dibuat.

UMUM 
SATIN

Satin ditenun dengan benang pakan (benang

melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang

memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin

tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan

fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk

kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan

tenunan satin.

UMUM 

Kembali ke atas