Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ak.si] | رياکسي

Definisi : (réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan; bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita; mereaksi Id mengadakan reaksi; pereaksi Id alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ak.si] | رياکسي

Definisi : /réaksi/ tindakan yg dibuat akibat sesuatu perbuatan atau tindakan lain (sebelumnya); tindak balas: Mereka akan bertindak sbg ~ kpd peraturan yg ketat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reaksi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan respons, tindak balas, sambutan, jawapan, balasan, maklum balas;,
Kata Terbitan : bereaksi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Reaksi DBP ttg persoalan - Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Aug 13th, 6:33pm Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama. Terima kasih Soalan lanjutan : Chit Watt Aug 13th, 6:46pm Ya. Maka dari contoh Johor Bahru, ia telah menggunakan ejaan yang salah, benar? Kalau ya, ia harus dibetulkan untuk elak kekeliruan yang berpanjangan dan berterusan.Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.Ejaan15.08.2014
Reaksi Ali ketakutan apabila diamrahi oleh ibunya. Adakah ayat ini betul?Kurang tepat, ayat yan betul ialah - Ali ketakutan apabila dimarahi oleh ibunya.Tatabahasa20.08.2009
1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. Adakah ayat- ayat di atas betul?1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. - ayat ini betul  2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. - ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata reaksi kurang tepat dalam ayat tersebutTatabahasa04.09.2009
bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruanSehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. Tatabahasa02.02.2015
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
Salam, Saya ingin mendapatkan huraian bagi kemusykilan2 di bawah ini: 1) Kalau 'Hooray' diterjemahkan dalam bahasa Melayu menjadi 'Hore', bagaimana pula dengan 'Yay' yang menunjukkan reaksi gembira? 2) Perkataan 'teruja' atau 'ghairah' boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan 'excited'. Jikalau ayat Inggeris berbunyi 'I felt so excited', apakah ayat bahasa Melayunya jikalau saya hendak menggunakan perkataan ghairah? Adakah 'Saya berasa ghairah' mencukupi? Pada pendapat saya, perlu diperluaskan ayat tersebut, menjelaskan kenapa ada perasaan sedemikian. Terima kasih kerana menyediakan wadah sebegini. Sekian, terima kasih.1. Perkataan "Yay" tidak terdapat dalam pangkalan data kami kerana perkataan ini merupakan perkataan bahasa Inggeris untuk menggambarkan perasaan gembira. Perkataan ini boleh ditukar kepada "yei" dalam bahasa Melayu dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan.
2. Ayat "Saya berasa ghairah" dan "Saya berasa teruja" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang sesuai, sama ada "ghairah" atau "teruja" bergantung pada konteks penggunaan ayat tersebut.
Ejaan21.08.2013
adalah perkataan 'terhadap' sesuai untuk ayat berikut? apakah ayat yang paling sesuai untuk contoh ayat di bawah? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan

Penggunaan kata sendi ‘terhadap’ dalam ayat yang tuan kemukakan betul.

Tatabahasa02.02.2015
Salam, saya ingin meminta pencerahan tentang perkataan 'riak'. 'Riak' mempunyai banyak maksud. Namun, saya keliru untuk mengambil makna yang mana satu di antara banyak makna tersebut. Saya lihat hampir kesemua maknanya bersangkutan dengan gerakan/reaksi/tindak balas sesuatu. Tiada satu pun yang merujuk perasaan diri. 'Riak' yang saya maksudkan ialah sifat yang angkuh, sombong, bongkak dan bangga diri. Sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.  Riak yang puan maksudkan itu ialah perkataan riyak yang berasal daripada bahasa Arab.  Sila lihat maksud riyak dalam Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 1337.Makna11.09.2014
Boleh saya terjemahkan 'backlash' kepada 'backlash' dalam Bahasa Melayu? Saya telah mendapat khidmat nasihat seorang jurutera yang juga seorang pensyarah di IPT kerana ini adalah satu istilah bidang kejuruteraan. Beberapa terjemahan lain telah diberi oleh pihak lain iaitu 'sebat balik', 'enjatan tak menentu' dan 'bidas ke belakang'. Ini adalah selain terjemahan DBP 'reaksi atau tindak balas yang hebat. Sila nasihatkan saya sama ada terjemahan lain selain dari yang diberi oleh DBP boleh digunakan? Tk.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah tindak balas atau libas balik mengikut penggunaan dalam konteks masing-masing. Istilah atau padanan bahasa Melayu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan istilah atau padanan yang baku.  Istilah06.03.2009
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih.1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim.

2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif.

3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi.
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2016
12

Kembali ke atas