Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ak.si] | رياکسي

Definisi : (réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan; bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita; mereaksi Id mengadakan reaksi; pereaksi Id alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ak.si] | رياکسي

Definisi : /réaksi/ tindakan yg dibuat akibat sesuatu perbuatan atau tindakan lain (sebelumnya); tindak balas: Mereka akan bertindak sbg ~ kpd peraturan yg ketat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reaksi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan respons, tindak balas, sambutan, jawapan, balasan, maklum balas;,
Kata Terbitan : bereaksi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANAFILAKSIS

Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk

dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas

alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan,

pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan

kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian.

Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah

penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara

abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah

orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan

anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu

alergen adalah disebabkan oleh pendedahan

kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran

antibodi oleh sistem imun.

UMUM 
ALERGI

Alergi ialah reaksi badan yang berlaku pada

individu yang sensitif terhadap bahan tertentu.

Bahan yang tidak mudarat kepada individu yang

tidak alergik mungkin menyebabkan benar-benar

teruk pada individu yang alergik.

UMUM 
EMOSI

Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan

tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian

atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan

dan ada emosi yang tidak menyenangkan.

UMUM 
PNEUMONIA

Pneumonia ialah sejenis penyakit paru-paru

disebabkan oleh inflamasi (keradangan). Hampir

semua kes pneumonia berpunca dari jangkitan virus,

bakteria, kulat atau lain-lain mikrob. Hanya sedikit

sahaja kes yang disebabkan oleh reaksi alahan atau

tersedut bahan kimia yang merengsa. Rencana ini

akan membincangkan tentang pneumonia yang

disebabkan oleh virus dan bakteria.

UMUM 
SELYE, HANS

Selye, Hans (1907–1982) ialah ahli sains Kanada

yang menjadi terkenal kerana konsepnya tentang

ketegangan terhadap badan yang dikenali sebagai

stres. Kajiannya mengenai kelenjar endokrin

membantunya menemui kefahaman baru tentang

alam semula jadi dan kesan penyakit dan reaksi

badan terhadap masalah atau peristiwa dalam

kehidupan seseorang. Penyelidikan perubatannya

menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk

menyesuaikan badan dengan banyak jenis keadaan

yang tidak menyenangkan.

Selye lahir di Vienna, Austria. Dia menghabiskan

kebanyakan kerjaya profesionalnya di University of

Montreal, Kanada. Pada tahun 1976, dia

menubuhkan International Institute of Stress.

UMUM 
ABERDEEN, EARL OF

Aberdeen, Earl of 1784–1860) ialah Perdana

Menteri United Kingdom ketika Perang Krimea

tercetus pada tahun 1854. Pada bulan-bulan awal

perang, orang ramai terkejut apabila mengetahui

bahawa negara mereka tidak bersedia untuk

berperang dan pemimpin tenteranya kelihatan tidak

cekap. Aberdeen dipaksa meletakkan jawatan awal

pada tahun 1855 kerana reaksi awam terhadap

berita itu.

UMUM 
GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA

GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA, pertubuhan politik Patani yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bagi memperjuangkan kemerdekaan empat wilayah di selatan Siam daripada belenggu pemerintahan Siam. Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR) ditubuhkan pada 8 Februari 1948, di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan penubuhannya dikemukakan oleh Tengku Mahmud Mahyideen sebagai reaksi kepada penahanan Tuan Guru Haji Sulong oleh pihak berkuasa Siam pada 16 Januari 1948.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 

Kembali ke atas