Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ak.si] | رياکسي

Definisi : (réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan; bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita; mereaksi Id mengadakan reaksi; pereaksi Id alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ak.si] | رياکسي

Definisi : /réaksi/ tindakan yg dibuat akibat sesuatu perbuatan atau tindakan lain (sebelumnya); tindak balas: Mereka akan bertindak sbg ~ kpd peraturan yg ketat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reaksi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan respons, tindak balas, sambutan, jawapan, balasan, maklum balas;,
Kata Terbitan : bereaksi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reaction timemasa reaksiSains SukanBiomekanikMasa yang diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Masa reaksi melibatkan integrasi pada bahagian tinggi pusat sistem saraf, iaitu melibatkan persepsi. Masa reaksi dilihat dari tempoh mula penerimaan rangsangan sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Dalam sukan, kepantasan dan masa reaksi ialah elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan fizikal dalam kebanyakan kemahiran sukan.
anaphylactoid reactiontindak balas anafilaktoidPerubatanTiadaReaksi yang berlaku secara mengejut selepas pemberian ubat secara suntikan intravena. Reaksi ini hampir sama dengan tindak balas anafilaksis tetapi lebih ringan. Walau bagaimanapun, reaksi ini tidak memerlukan pendedahan kepada ubat atau antigen yang sama terlebih dahulu.
anaphylactic reactiontindak balas anafilaksisPerubatanTiadaReaksi yang berlaku secara mengejut selepas pemberian ubat secara suntikan intravena. Reaksi ini hanya berlaku kepada pesakit yang telah disensitisasi dengan ubat yang sama. Keadaan ini melibatkan reaksi antara ubat atau antigen dengan antibodi yang tertentu. Akibatnya, sel masta dalam badan akan mengeluarkan bahan vasoaktif seperti histamina, bradikinin, prostaglandin dan serotonin yang boleh menyebabkan bronkospasma, vasodilatasi, takikardia, hipotensi dan renjatan hipovolemik.
defence reactionreaksi bertahanPerubatanTiada1. Reaksi mental yang menafikan idea-idea yang tidak dapat diterima oleh ego. 2. Perilaku yang cuba menyembunyikan suatu aspek kehidupan seseorang daripada diketahui orang lain.
allergic reactionreaksi alergiJururawatKejururawatan Klinikal

 Reaksi setempat atau keseluruhan yang disebabkan alergen. Contohnya ruam, gatal dan kulit menjadi kemerah-merahan.

audience reactionreaksi penontonKesenianDrama dan TeaterTindak balas yang diperlihatkan oleh penonton semasa menyaksikan pementasan teater. Reaksi ini boleh memberikan kesan emosi kepada penonton seperti sedih, marah atau seronok dan juga memberikan kesan timbal balik kepada pelakon di atas pentas bersesuaian dengan aksi yang dimainkan.
reactiontindak balas;reaksiSejarahTiadaKesan daripada satu tindakan atau tindak balas sama ada perbuatan manusia ataupun kesan reaksi kimia.
general adaptation syndromsindrom adaptasi umumPsikologiPsikologi UmumSatu siri reaksi badan terhadap stres yang dialami secara berterusan. Menurut Selye, terdapat tiga peringkat utama reaksi badan, iaitu peringkat kecemasan, peringkat rintangan dan peringkat kelesuan. Pada peringkat kecemasan, jentera badan individu akan digerakkan bagi menghadapi tekanan. Beberapa sumber biologi akan dikerahkan untuk berdaya tindak seperti rembesan hormon adrenalina dan noradrenalina yang bertujuan mempercepat aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk menghantar makanan dan tenaga bagi menghadapi kegawatan yang ditimbulkan oleh stres. Pada peringkat ini, mangsa boleh menghadapi beberapa simptom seperti sakit kepala, demam, sakit otot, letih, mengah, cirit-birit, senak perut, hilang selera makan dan kurang bertenaga. Pada peringkat rintangan, penyesuaian badan dapat menstabilkan diri terhadap tekanan. Apabila sistem pertahanan badan dapat mengimbangi keadaan, simptom-simptom reaksi kecemasan akan hilang. Walaupun secara luarannya individu kelihatan baik kerana badannya dapat berdaya tindak terhadap punca stres yang dialami, namun rintangan terhadap punca stres yang lain akan berkurangan. Contohnya, haiwan boleh mengatasi masalah kesejukan yang melampau tetapi kemampuannya untuk melawan serangan penyakit akan menjadi lemah. Pada peringkat inilah wujudnya tanda awal kelesuan. Pada peringkat kelesuan, sumber-sumber yang ada akan kehabisan dan hormon-hormon stres menjadi kontang. Individu yang terlibat berkemungkinan besar akan mengalami penyakit psikosomatik, kesihatan yang terganggu dengan teruk atau boleh membawa maut.
test marketingpemasaran ujianPentadbiranTiadaPemasaran yang menguji reaksi pelanggan potensi terhadap program yang dijalankan untuk menentukan reaksi mereka dalam situasi pasaran.
underreactionreaksi kurangSains KesihatanTiadaPengecutan otot ekstraokular yang lemah.
12345678910...

Kembali ke atas