Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[réa.lis.tik] | رياليستيک

Definisi : (réalistik) 1. berhubungan dgn fahaman realisme. 2. bersifat atau me­nunjuk­kan ke­adaan yg sebenarnya: gam­baran yg diberi­kan dapat dikatakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[réa.lis.tik] | رياليستيک

Definisi : /réalistik/ berhubung dgn kenyataan atau menunjukkan keadaan yg sebenarnya: keputusan yg bijak dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
realistik (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan praktikal, pragmatik, logikal, objektif, munasabah, masuk akal, berdaya maju, berpijak di bumi nyata.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksud novel? berikan senarai genre novel dan maksudnya sekaliNovel secara umum bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali yang membawa erti 'perkhabaran baru'. Antara genre novel ialah novel aliran kesedaran, novel antirealistik, novel aprentis, novel lawan alam, novel kedaerahan, novel gothik, novel masalah, novel peristiwa, novel pikares, novel psikologi, novel propaganda, novel politik, novel realistik, novel resaman, novel romantik, novel sejarah, novel sempurna, novel sensibiliti, novel sosial, novel tesis, novel warkah dan sebagainya.Lain-lain25.08.2009
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"?
Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

menjana منجان 
kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab
menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan
idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana;
 
Lain-lain10.06.2021

Kembali ke atas