Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bab] | ربب

Definisi : sj alat bunyi-bunyian (spt biola) yg bertali dua atau tiga; berebab menggesek rebab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebab

Puisi
 

Bergesek rebab bertali dua,
     Mari gesek bertali kain;
Mari adik bersahabat dua,
     Bersahabat saya nanti pergi ke lain.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rebabrebabMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Di Indonesia dan Malaysia, rebab terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Badan alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian depannya ditutup dengan kulit. Rebab mempunyai leher panjang tanpa fret. Di Malaysia, rebab mempunyai tiga utas tali, sementara di In­donesia, rebab mempunyai dua utas tali. Alat muzik ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan pemain dan tali digesek dengan penggesek tertentu. Rebab menghasilkan melodi dalam gamelan di Indonesia dan ensembel makyong, main puteri dan wayang kulit Melayu di Malaysia. Namun begitu, rebab yang dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia mempunyai leher pendek dan dua utas tali sahaja. Alat muzik ini juga dimainkan sebagai alat solo untuk mengiringi seni penceritaan di Malaysia, seperti tarik selampit di Kelantan.

rebab (Mal)rebabKesenianTiadaAlat tali yang digesek dan mempunyai tiga tali.
trotroKesenianTiadaRebab dari Kemboja.
gitgit (Ph)gitgitKesenianTiadaRebab tiga tali.
susususuKesenianTiadaPeredam rebab.
kamancha (Per)kamanchaKesenianTiadaRebab Parsi.
saw u (Thai)saw uKesenianTiadaRebab dua tali yang penggemanya daripada tempurung.
saw duang (Thai)saw duangKesenianTiadaRebab dua tali.
saw sam sai (Thai)saw sam saiKesenianTiadaRebab tiga tali.
pacat (Mal)pacatKesenianTiadaPenongkat tali bagi alat rebab tali tiga, Kelantan.
123

Kembali ke atas