Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réban) ark; tereban terhempas (ter­banting, terpelanting) ke kiri atau ke kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kandang utk ayam (itik); merebankan; ~ ayam (itik) memasukkan ayam (itik) ke dlm reban, mengandangkan ayam (itik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kd, Pn runtuh (terutama pokok, rumah); merebankan meruntuhkan: ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kandang tempat mengurung ayam atau itik. merebankan memasukkan (ayam, itik) ke dlm reban; mengurung (ayam, itik) di dlm reban: ~ ayam (itik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reban (kata nama)
Bersinonim dengan kandang, sangkar, sarang;,
Kata Terbitan : merebankan,

Puisi
 

Hari panas helang berbunyi,
     Ayam mengeram dalam reban;
Tikar berkerawang bantal bersuji,
     Hajat nak tidur berpangku lengan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ayam tidur senang di dalam reban,
     musang yang susah beredar sekeliling.

Bermaksud :

Tidak senang melihat kebahagiaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
reban[Ò«.bAn]kata kerjaroboh, runtuh.Pondok hak dia buat kemaren reban dah pasai kena ribot.[pn.d/ hA/ di.jA bu.wAt k«.mA.Òen Ò«.bAn dAh pA.sAj k«.nA Òi.bot]Pondok yang dibina kelmarin telah roboh kerana dipukul ribut.
lau[lAw]kata namareban ayam.Ayam hak banyak tu depa kurong dalam lau.[A.jAm hA/ bA.øA/ tu dE.pA ku.ÒoN dA.lAm lAw]Ayam yang banyak itu mereka kurung dalam reban.
kepoh[k«.poh]kata namareban ayam, lau ayam.Mai petang adek dok halau ayam masok kepoh.[mAj p«.tAN A.de/ do/ hA.lAw A.jAm mA.so/ k«.poh]Apabila petang, adik menghalau ayam masuk ke dalam reban.
kepoh[k«.ph]kata namareban ayam, lau ayam.Mai petang adek dok halau ayam masok kepoh.[mAj p«.tAN A.de/ do/ hA.lAw A.jAm mA.so/ k«.ph]Apabila petang, adik menghalau ayam masuk ke dalam reban.
ngok-ngek II[N/.NEt]kata adjektifgoyang, longgar, tidak kemas terhinggut-hinggut.Rumah burok tu ngok-nget dah, tunggu masa saja nak reban.[Òu.mAh bu.Òo/ tu N/.NEt dAh tuN.gu mA.sA sA.dZA nA/ Ò«.bAn]Rumah buruk itu agak goyang, hanya menunggu saat hendak roboh.

Kembali ke atas