Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ba.na] | ربان

Definisi : sj gendang yg di sebelah sahaja dipasang kulit; berebana bermain rebana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ba.na] | ربان

Definisi : = rebanar; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar kelona, Smilax megacarpa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ba.na] | ربان

Definisi : gendang yg hanya sebelah saja dipasangi kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebana

Puisi
 

Pukul rebab pukul rebana,
     Pukul lesung rumah Encik Ali;
Apa sebab apa kerana,
     Minta tolong syariat nabi.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rebanarebanaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana mempunyai bingkai yang luas dan diperbuat daripada kayu. Satu muka kulit dipasang pada bingkai dengan siratan tali rotan. Kulit ditegangkan dengan penyedak dan sendal kayu yang diselitkan antara bingkai dengan kulit. Rebana yang bersaiz sederhana dipegang dengan sebelah tangan dan permukaan kulitnya dipukul dengan tangan sebelah lagi. Sementara rebana yang bersaiz besar pula diletakkan di atas riba dan dipukul dengan kedua-dua belah tapak tangan. Rebana menghasilkan rentak tertentu dalam ensembel muzik rakyat Melayu, termasuklah mekmulung, dikir barat, muzik asli, joget dan ghazal. Rebana yang bersaiz besar dikenali juga sebagai rebana redap atau rebana riba. Alat muzik ini berasal dari Timur Tengah dan dibawa ke Asia Tenggara oleh penghijrah Arab. Rebana terdapat dalam pelbagai saiz di Indonesia dan Malaysia.

rebana berarakrebana berarakMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana berarak yang bersaiz sederhana ini memainkan rentak tertentu untuk mengiringi perarakan. Lihat juga rebana.

rebana ubirebana ubiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Rebana ubi diperbuat daripada kayu, baluhnya berbentuk kon dan mempunyai satu muka kulit yang bergaris pusat hampir satu meter. Kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan tebal dan kulit ditegangkan dengan tali rotan dan sendal kayu yang diselitkan antara badan dengan tali rotan. Baluh dan kulit dihiasi logo atau lambang sesuatu kumpulan atau desa. Coraknya bermotifkan geometri yang dicat berwarna-warni. Rebana ubi biasanya digantung atau diletakkan di atas tanah secara menegak dan kulitnya dipukul dengan tangan atau pemukul yang berbalut. Rebana ubi yang dimain­kan secara ensembel menghasilkan rentak terhasil bagi tujuan pertandingan atau hiburan di desa. Rebana ubi yang bersaiz lebih besar mempunyai muka kulit yang bergaris pusat lebih daripada satu meter dinamai rebana besar dan dimainkan di kampung untuk mengiringi nyanyian zikir di Kelantan. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel yang terdiri daripada empat hingga lapan atau lebih biji dram.

rebana redaprebana redapMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana redap yang bersaiz sederhana atau besar dimainkan dalam ensembel main puteri di Kelantan. Lihat juga rebana.

rebana hadrahrebana hadrahMuzikTiada

 1. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai yang serupa dengan rebana bersaiz sederhana dan besar. Rebana hadrah dimainkan dalam orkestra teater hadrah di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia. Lihat juga rebana.

2. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai sempit dengan piring logam kecil yang dilekatkan pada bingkai tersebut. Rebana ini mempunyai satu muka ku­lit dan dipegang secara menegak dengan sebelah tangan pemain. Sementara sebelah tangan lagi memukul rebana tersebut. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila muka kulit dipukul. Alat muzik ini menghasilkan rentak tertentu untuk mengiringi nyanyian zikir di kawasan pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, rebana yang berbentuk bingkai lebar berserta piling logam dikenali sebagai rebana kercing atau tar. Sinonim rebana kercing.

rebana joget (Mal)rebana jogetKesenianTiadaGendang satu muka berbentuk pasu yang digunakan di dalam muzik asli. [Sinonim dengan istilah rebana medan].
rebana besarrebana besarMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Lihat juga rebana ubi.

rebana ribarebana ribaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Lihat juga rebana redap.

rebana kercingrebana kercingMuzikTiada

 Lihat rebana hadrah.

rebana (Mal)rebanaKesenianTiadaGendang satu muka berbentuk pasu.
1234

Kembali ke atas