Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.bén] | ريبين

Definisi : (rébén) 1. jalur kain, kertas, dsb yg panjang, nipis, dan biasanya dlm pelbagai warna yg digunakan sbg pengikat bungkusan, hiasan, dsb, pita; 2. jalur kain yg panjang, nipis, dan mengandungi dakwat khas yg digunakan dlm mesin taip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.bén] | ريبين

Definisi : /rébén/ jalur (panjang) drpd kain yg digunakan sbg perhiasan atau utk mengikat sesuatu; pita: Dia mengikat rambutnya dgn ~ merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reben


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CACING REBEN UMUM 
TIGA WARNA

Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis.

Ia mempunyai warna merah, putih dan biru

dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu

digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai

1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba

ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia

meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya

sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah

dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah

warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja

berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga

warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi

bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830.

UMUM 
TAFETA

Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras

yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera.

Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu

taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta

mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia

dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat

pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil

untuk membuat reben.

UMUM 
TITIK JARUM

Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang

jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik

jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia

digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet,

upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik

jarum pernah dikenali sebagai dewangga.

Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas.

Penyulam menggunakan jarum dewangga yang

tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini

termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau

yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben.

Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas

permukaan jejaring.

UMUM 

Kembali ke atas