Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bung] | ربوڠ

Definisi : anak buluh (yg akan menjadi batang); ~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi; merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bung] | ربوڠ

Definisi : anak buluh yg masih lembut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebung

Puisi
 

Cancang rebung saya kunyiti,
     Anak sembilang terayap-rayap;
Tantang gunung saya tangisi,
     Akan terbang tidak bersayap.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Rebung tak miang,
     bemban pula miang.

Bermaksud :

Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PENJODOH BILANGAN YG SESUAI UNTUK 1. SIKAT RAMBUT. 2. REBUNG (rebung yg masih di pangkal pokok buluh). Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai bagi sikat rambut dan rebung ialah batang.Tatabahasa02.09.2007
Mana satu yang betul? Penjodoh bilangan untuk REBUNG Apabila saya rujuk dalam arkib soalan ada jawapan batang dan pucuk. Harap tuan dapat membantuPenjodoh bilangan yang sesuai ialah sebatang rebung.(rebung yang belum dihiris dan dicencang)Tatabahasa25.05.2012
Bolehkah penjodoh bilangan 'sebatang' digunakan untuk rebung? Contohnya:Ibu membeli sebatang rebung di pasar tani.

Saudara Nikam,

Penjodoh bilangan yang sesuai bagi rebung ialah batang. Saudara boleh membuat  rujukan dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tatabahasa06.08.2009
Minta kepastian daripada DBP. Yang mana betul ? selain itu / selain daripada itu; salah satu / salah satu daripada; melentur bulur biar dari rebung / melentur buluh daripada rebung; semua data murid perlu dimasukkan. . ./ data murid perlu dimasukkan. . Terima kasih.Frasa yang betul ialah selain itu, salah satu daripada,  peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung",  ...semua data murid perlu dimasukkan.Tatabahasa12.08.2013
'melentur buluh biarlah dari rebung' 1. adakah peribahasa di atas diterima DBP & Lembaga Peperiksaan? (tak dapat dikesan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4: yang ada hanyalah 'melentur biarlah waktu rebung') 2. Jika diterima, adakah penggunaan 'dari' dalam peribahasa itu betul?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu merakamkan peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Untuk tujuan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa19.10.2011
Penjodoh bilangan untuk rebung yang belum dikuliti (belum dihiris dan belum dicencang): sepucuk, seketul atau sebatang? Terima kasih.Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang rebung.Tatabahasa25.08.2011
Salam Sejahtera. 1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 2. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. 3. Melentur biarlah waktu rebung. No 1 banyak digunakan oleh masyarakat. Tapi kamus menyatakan yang tepatnya no 3. Mohon penjelasan.Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu tercatat peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Jika peribahasa "Melentur buluh biarlah dari/daripada rebungnya" tercatat dalam mana-mana sumber yang sah seperti buku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh diterima pakai khususnya untuk tujuan peperiksaan.Tatabahasa08.01.2017
melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biarlah daripada rebungnya

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu: Melentur biarlah waktu rebung.

Lain-lain26.03.2009
Adakah perlu meletakkan tanda koma sebelum kata hubung? contah : Ibu memberi sayur, buah-buahan , dan tebung di pasar.Yang betul ialah Ibu membeli sayur, buah-buahan dan rebung di pasar.Lain-lain07.05.2008
Ada tak peribahasa yang berkaitan dengan menimba atau mencari ilmu? Terima kasih.

Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut:

1. Melentur biarlah dari rebung
2. Bolehkah gabus sebelum diasah?
3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju
4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.

Lain-lain03.10.2016
12

Kembali ke atas