Kurik Kundi Merah Saga | Rebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bangkit pagi rebus ketupat, Taruh makan sehari sebiji; Saya nak balik jangan mengumpat, Minta sebut sehari sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi rebus ketupat, Ambil api sorongkan sabut; Saya pergi jangan diumpat, Siang malam mintalah sebut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untung |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak udang dalam perahu, Ubi rebus terletak di padang; Zaman sekarang kalau nak tahu, Budi hangus menjadi arang. |