Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bus] | ربوس

Definisi : ; kacang (telur, ubi) ~ kacang (telur, ubi) yg dimasak dlm air (sehingga empuk, keras, dsb); merebus memasak sesuatu dlm air, meng­godok: ~ keledek; ~ air menjerang air; merebuskan merebus utk: dia sempat ~ ibunya beberapa biji telur pd pagi itu; rebusan barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg sudah dipakai utk merebus; perebusan proses atau perbuatan merebus: ~ pelbagai jenis akar kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bus] | ربوس

Definisi : ; merebus memasak sesuatu dlm air mendidih: ~ jagung. rebusan apa-apa yg direbus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebus
Rujuk :masak, memasak,

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Rendam tak basah.

Bermaksud :

Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rebus tak empuk).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
blh saya tanya "telur rebus ayam" atau "telur ayam rebus" yang mana betul?"telur ayam rebus" betulTatabahasa18.06.2019
boleh tak hangat digunakan untuk makanan, contohnya mi rebus yang masih hangat?Dalam ayat "Mi rebus yang masih hangat...", perkataan "hangat" kurang sesuai digunakan. Perkataan yang lebih sesuai ialah panas.

Perkataan hangat apabila digandakan menjadi hangat-hangat merupakan bahasa percakapan yang bermaksud sementara masih panas. Contohnya dalam ayat, "Nasi itu elok dimakan hangat-hangat."
Tatabahasa08.07.2013
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui perbezaan antara istilah 'rebus' dan 'didih'. Adakah kedua-dua istilah tersebut bersinonim? Soalan seterusnya, adakah teedapat sebarang bahan rujukan yang diterbitkan bagi istilah laras masakan seperti istilah-istilah lain yang mempunyai kamus istilah tersendiri?Rebus - bermaksud memasak sesuatu dalam air, didih - mendidih bermaksud meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan. Berdasarkan huraian tersebut, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza. Untuk mendapatkan makna kata layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan pada ruangan CARI tulis kata kunci kata berkenaan.Lain-lain29.08.2016
Salam sejahtera..adakah ayat ini betul penggunaan penjodoh bilangannya? 1.Pak Abu makan dua biji ubi rebus sebagai alas perut 2. Dia mempunyai sebuah cita-citaAyat yang betul ialah:
1.Pak Abu makan dua batang ubi rebus sebagai alas perut.
2. Dia mempunyai sebuah cita-cita.
Tatabahasa16.10.2020
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan.

1. Siti meminta bantuan daripada polis.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau   frasa nama yang menyatakan:
i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
iii. Perbezaan atau perbandingan.

2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.

3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

6. Membuat bayaran

7. Kerusi malas

8. Kerusi bayi

Tatabahasa01.09.2021
Salam 1. Di manakah kesilapan ayat ini.Mohon penjelasanTerima kasih Contoh 1. Ubi kentang yang kakak rebus sudah empuk.Ayat itu betul, ayat pancangan dengan kata hubung "yang".Tatabahasa09.10.2013
Apakah perbezaan kata menanak dan merebus? Adakah kata menanak boleh digunakan pada ubi. Contohnya :Kakak sedang menanak ubi di dalam periuk.Secara lazimnya menanak hanya digunakan untuk proses memasak nasi conton menanak nasi manakala rebus boleh digunakan selain daripada itu contohnya merebus ubi.Tatabahasa16.09.2007
Penyemakan bahasa atau ejaan yang betul. 1. Khairul mendermakan organisasi kebajikkan itu. 2. Imran menikmati goreng pisang di waktu petang. 3. Pelbagai isu-isu penduduk telah mereka bincangkan. 4. Maryam memperolehi markah tertinggi sekali dalam kelas tersebut. 5. Kerja-kerja pedalaman parit telah dilaksanakan oleh saya atas arahan ayah. 6. Telor rebus itu dimakan oleh saya. 7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong royong. 8. Permohonan kemasukkan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara atas talian. 9. Para pengundi-pengundi telah bersedia mengundi pada pilihanraya yang akan datang. 10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju Selat Melaka.

1. Khairul memberikan derma kepada organisasi kebajikan itu.
2. Imran menikmati pisang goreng pada waktu petang.
3. Pelbagai isu berkaitan penduduk telah mereka bincangkan.
4. Maryam memperoleh markah tertinggi dalam kelas tersebut.
5. Kerja-kerja pendalaman parit telah saya laksanakan atas arahan ayah.
6. Telur rebus itu saya makan.
7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong-royong.
8. Permohonan kemasukan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara dalam talian.
9. Para pengundi telah bersedia untuk mengundi pada pilihan raya yang akan datang.
10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju ke Selat Melaka.

Tatabahasa27.07.2021
ejaan yang betul sama ada pasembur atau pasembor?

Ejaan yang betul ialah pasembor. Frasa yang dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah rojak pasembor dan takrifnya adalah seperti yang berikut:

rojak pasembor
makanan yg biasanya terdiri drp campuran cucur, telur rebus, timun, tauhu goreng dan mi, dan dimakan bersama kuah kacang

Lain-lain21.06.2021

Kembali ke atas