Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bus] | ربوس

Definisi : ; kacang (telur, ubi) ~ kacang (telur, ubi) yg dimasak dlm air (sehingga empuk, keras, dsb); merebus memasak sesuatu dlm air, meng­godok: ~ keledek; ~ air menjerang air; merebuskan merebus utk: dia sempat ~ ibunya beberapa biji telur pd pagi itu; rebusan barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg sudah dipakai utk merebus; perebusan proses atau perbuatan merebus: ~ pelbagai jenis akar kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bus] | ربوس

Definisi : ; merebus memasak sesuatu dlm air mendidih: ~ jagung. rebusan apa-apa yg direbus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebus
Rujuk :masak, memasak,

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Rendam tak basah.

Bermaksud :

Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rebus tak empuk).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REBUS

Rebus ialah sejenis permainan perkataan. Dalam

permainan ini, petempatan atau saiz huruf,

nombor, atau perkataan menunjukkan nama, frasa,

atau perkataan lain.

UMUM 
MAKANAN REBUS

MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga.

BUDAYAMakanan
SWEDE

Swede ialah tumbuhan yang akarnya boleh

dimakan yang rasanya seperti lobak putih. Ia juga

dinamakan rutabaga dan lobak putih Rusia. Swede

lebih keras daripada lobak putih, dan biasanya

dituai pada akhir tahun. Akarnya yang berwarna

kuning kaya dengan vitamin dan mineral. Ia

dimakan rebus atau dibakar. Daunnya yang

berwarna hijau-biru juga boleh dimakan.

Pengelasan saintifik. Swede tergolong dalam famili

mustard, Cruciferae (Brassicaceae). Ia adalah Brassica

napobrassica.

UMUM 
ACARACAR, campuran pelbagai jenis bahan makanan sama ada buah-buahan, sayur-sayuran, telur rebus atau ikan yang dimasak dengan cuka, garam dan gula. BUDAYAKonsep

Kembali ke atas