Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebutan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rebutan1. sesuatu yg direbutkan (di­perebut­kan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rebut; ~ rampas bermacam-macam pe­rampas­an (perompakan, penyamunan); berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat; ~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah; ~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn) senja sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya; berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (mem­peroleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu; berebut-rebutan, berebutan saling meng­ambil atau mendapatkan sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~ macam anak kecil merebut gula-gula; merebut 1. mengambil (mendapatkan, mem­­­­­­­­­peroleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll) dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah dapat di­rebut kembali oleh pasukan kita; 3. men­dapat sesuatu dgn susah payah (spt dlm per­lumbaan dll): pasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dgn cerita-cerita pendek; merebutkan, memperebutkan meng­usaha­­kan sungguh-sungguh (mem­per­juangkan) utk merebut sesuatu: India dan China berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa; rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (di­perebut­kan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan; perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), pe­ram-pasan, dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
perisai1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pusingan1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak;Kamus Dewan Edisi Keempat
rebut; berebut berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut antara orang banyak; berebut beberapa banyak kali: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling (mencuba) mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rebut; berebutberlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut beberapa banyak kali; berebut antara orang banyak: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling berebut: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapat sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu.Kamus Pelajar
perisai1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada.Kamus Pelajar
hadiah1. pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll): terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya; 2. ganjaran (kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pe­menang yg pertama disediakan ~ sebuah piala perak; ~ ikhlas a) hadiah yg diberikan dgn ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di se­baliknya; b) buku (tiket dsb) yg diberikan percuma kpd orang-orang tertentu; ~ kerja hadiah kpd kakitangan sesuatu syarikat (persekutuan) perniagaan dll; ~ lebaran Id wang pemberian kpd kakitangan pejabat atau syarikat pd hari raya puasa; ~ Nobel hadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yg teristimewa dlm berbagai-bagai lapangan (spt ilmu fizik, perubatan, kesusasteraan, keamanan, dll); ~ penghargaan hadiah yg diterima oleh seseorang yg tidak berjaya memenangi hadiah utama: 10 buah cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan; ~ penghibur Id = ~ sagu hati hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya sepenuhnya; ~ siswa biasiswa; ~ utama hadiah berupa piala, wang, dll yg menjadi rebutan utk seseorang yg menjuarai sesuatu per­tandingan: tiga buah cerpen telah meme­nangi ~ utama dlm Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8; berhadiah 1. ada disediakan hadiah: per­tandingan ini diadakan dgn ~; 2. memberi­kan (menyumbangkan) hadiah: sesiapa yg suka ~ bolehlah berhubung dgn jawatan­kuasa; menghadiahi memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara sebuah cendera­mata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua; menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerusi1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemas­an; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg me­merlukan seseorang itu memikul tanggung­jawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, me­syuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (per­tubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pusing1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ ber­putar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; berpusing-pusing 1. berputar-putar, ber­kisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam; memusingkan 1. menjadikan berpusing, me­mutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang­-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, mem­bingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, me­ngendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut; pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll); pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran; pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas