Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; per­bincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengu­rang­­­­kan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, ke­aman­an, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan sua­sana, ~ suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réda/ dgn ikhlas; rela. meredai menerima sesuatu dgn reda; merelai: Dia ~ segala kudrat Allah. meredakan membenarkan (melepaskan dll) dgn ikhlas; mengizinkan; merelakan: Dia ~ pemergian anaknya. keredaan perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 mula berkurang; hampir berhenti (bkn hujan ribut atau angin): Sebentar kemudian, angin dan hujan pun ~. 2 semakin kurang (bkn kemarahan, penyakit dll): Kemarahannya sudah mula ~. Tangisannya masih belum ~. meredakan menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. keredaan keadaan atau hal reda; ketenangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reda
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,
Rujuk :rela

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unabated 2. (of storm etc) tdk reda-reda: the sea was choppy and the winds continued to blow ~, laut bergelora dan angin terus bertiup tdk reda-reda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
resignedadj reda: he finally gave in and gave me a ~ look, dia mengalah akhirnya dan memandang saya dgn penuh reda; be ~ to, reda: he is ~ to losing his job, dia reda hilang pekerjaannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
subside3. decrease in violence or intensity, reda: all his doubts and fears ~d, semua keraguan dan ketakutannya reda; we had better take shelter till the wind ~s, baik kita berlindung hingga angin reda; the fever is subsiding, demam mula reda; his anger quickly ~d at the sight of his child, kemarahannya cepat reda sewaktu melihat anaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abatevi 1. (of wind, storm, etc) reda: the storm gradually ~d, ribut semakin reda; 2. (of flood) surut; 3. (of emotion) reda, mengendur, berkurang: after everything had been clarified, his anger ~d, setelah segala-galanya dijelaskan barulah reda kemarahannya; 4. (of fever) kebah, berkurang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lulln a. (during a storm etc), /reda, berhenti/ (sebentar): after a ~, the storm renewed itself with increased vigour, selepas reda sebentar, ribut turun dgn lebih kencang; a brief ~ in the wind, angin reda sebentar; b. (of military activity), /reda, terhenti/ (sebentar): there was a two-week ~ in the fighting, pertempuran itu terhenti selama dua minggu; c. (in conversation) terhenti (seketika, sebentar, sekejap): there was a ~ in the conversation when she entered the room, perbualan terhenti sebentar apabila dia masuk ke bilik itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blow1~ over, a. reda: the storm should soon ~ over, ribut itu akan reda tdk lama lagi; b. (fig.) berakhir, berlalu; (of scandal, controversy) tdk hangat lagi: the scandal will ~ over in a few months, skandal itu tdk hangat lagi dlm beberapa bulan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lullvi (of storm, wind, etc), (me)reda: by morning, the strong wind had ~ed, menjelang pagi angin kencang telah reda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fall3. drop in pitch, menurun: her voice rose and fell, suaranya menaik dan menurun; 4. abate, subside, reda: the wind fell, angin telah reda; the flames rose and fell, api itu menjulang dan reda; 5. become lowered, memandang ke bawah: his eyes fell, matanya memandang ke bawah; 6. collapse esp in fragments, runtuh, roboh; 7. hang down, a. (of skirt etc) tergantung: his cloak ~s from the shoulder, jubahnya tergantung dr bahunya; b. (of hair) terjurai, mengurai: her hair ~s loosely, rambutnya terjurai lepas; 8. be killed, gugur, terkorban: those who fell in the war, mereka yg gugur di medan perang; 9. slope downwards, melandai: the land ~s towards the sea, tanah itu melandai ke arah laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
settle 1 b. subside, (me)reda: the panic situation had not ~d down yet, keadaan panik itu masih belum reda; c. become calm, tenang, tenteram; (imper) bertenang: the class ~d down after a stern warning from the headmaster, kelas itu tenteram semula selepas diberikan amaran yg keras oleh guru besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
simmer b. (of emotion) become less aroused, menjadi reda: the speaker waited until the excitement had ~ed down before continuing his address, pemidato itu menunggu sehingga keghairahan penonton menjadi reda sebelum menyambung ucapannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas