Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.dam] | ردم

Definisi : = redam-redam, meredam kurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali; meredamkan menjadikan redam; peredaman perihal meredamkan; peredam; ~ bunyi alat utk meredamkan bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.dam] | ردم

Definisi : ; remuk-~ remuk semuanya, hancur lebur; meredamkan menghancurkan, meremuk­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.dam] | ردم

Definisi : bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu ditumbuk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
redam
Rujuk :samar, samar-samar,

Puisi
 

Demang-demuk kapal di Tanjung,
     Nampak dari Pulau Jerjak;
Remuk-redam badan menanggung,
     Hendak menangis bukannya budak.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jawapan yang manakah tepat? 1) Cikgu Halim terperanjat apabila melihat keadaan makmal komputer yang ______________ (a)haru-biru (b)remuk-redam (c)tunggang-langgangJawapan yang sesuai ialah tunggang-langgangTatabahasa07.12.2015

Kembali ke atas