Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réggaé) ® rege. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reggae


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reggaereggaeMuzikTiada

 Muzik popular dari Jamaica yang mencantumkan patois Ja­maica, rentak sinkopasi dari Afrika dan muzik rhythm and blues dari Amerika Syarikat. Reggae muncul di Jamaica pada tahun 1970-an dan dipopularkan di peringkat antarabangsa oleh kumpulan Bob Marley and The Wailers. Link lagunya tentang kepercayaan Rastafarian dan masalah kehidupan orang kulit hitam kelas bawahan di Jamaica.

world musicworld musicMuzikTiada

Muzik popular yang mencantumkan idiom muzik popular Amerika Syarikat dan Eropah dengan elemen muzik Afrika, Amerika Latin, India dan negara lain. World music ini diperkenalkan oleh syarikat muzik transnasional di Amerika Syari­kat dan Eropah untuk memasarkan muzik tersebut pada tahun 1980-an. Contoh world music termasuklah reggae (Jamaica), rai (Algeria), highlife (Ghana), bhangra (India) dan qawwali (Pakistan). Di Malaysia, penyanyi pop yang dipengaruhi muzik jenis ini ialah Zainal Abidin, Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza yang menggabungkan idiom pop dengan elemen muzik dan alat muzik Melayu. Muzik Tuku Kame dan Sayu Ateng dari Sarawak yang menggunakan alat muzik dan ele­men muzik berbagai-bagai kaum di Sarawak juga diklasifikasikan sebagai world music. Sinonim world beat.


Kembali ke atas