Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.gis.ter] | ريݢيستر

Definisi : (régister) rekod atau senarai yg me­ngan­­dungi butir-butir spt nama, alamat, dan aktiviti yg disediakan secara teratur, buku daftar. beregister berdaftar; surat yg ~ surat yg berdaftar; meregisterkan memasukkan (mendaftarkan) nama dll ke dlm register. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata register


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mahu register iklan... daripada vivo cellular sdn bhdLayari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan ikuti sepenuhnya arahan dalam domain tersebut.Lain-lain05.03.2015
Apakah process untuk Register sebagai seorang Penterjemah yang Sah. What is the process to register / qualify as translatorSila hubungi Institut Terjemahan Negara.  Jika saudara mahu berdaftar dengan Persatuan Penterjemah Malaysia, sila hubungi Puan Saodah Abdullah di talian 012-2067076.Lain-lain07.05.2009
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=register Sila jelaskan mengapa kata "daftar" tidak digunakanPerkataan ‘register’ dirakamkan di dalam Kamus Dewan kerana bersesuaian dengan fungsi Kamus Dewan yang berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat. Namun, tidak semestinya semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Bagi tujuan rasmi, daftar buku, daftar istilah baru, daftar nama pengundi, dan pejabat berdaftar digunakan.Istilah07.03.2018
macam mana nak register lesen utk bannar gantung di kaki lima kedai?Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain29.04.2015
untuk submit signboard menguna bahasa english yang perlu register Mpk lesen..Keterangan iklan mesti ditulis dalam bahasa Melayu yang betul. Untuk tujuan pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain16.11.2011
We are registering with MBSA but have been advised to register with you regarding our wordings. Our wording that we are putting outside the factory is only TOYCARZ. Please adviseDBP tidak mengesahkan perkataan dalam bahasa Inggeris atau nama khas dalam bahasa Inggeris. Sila tambah perkataan bahasa Melayu di bahagian atas. Contohnya: KEDAI BARANG MAINAN. Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasaa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain27.03.2014
Dear Sir/ Madam, Could you please help me to check the register no 62047/2016 as the wordings of Malayan English Academy and Authorised Centre have been approved by Dewan Bahasa on 14/11/2016 for Banner MEA, the passed number for the banner is DBP/KPB/201611/12490. We can't change the Authorised Centre as it's Cambridge Original logo. I hope to hear from you soon. Thank you. Best regards, Joey LimSila hantar semula iklan tersebut dan maklumkan dalam borang tersebut bahawa "Authorised Centre" ialah sebahagian daripada logo Cambridge yang tidak boleh ditukar.Lain-lain13.12.2016
Hello, I would like to ask if there's a new word / term that we want to register to be used in all our advertising materials, how do we do it? How do I proceed with submission or request ? The term that we are looking at is "Slofie" which is created by our partners in USA. I understand that "Swafoto" is being used for "Selfie" and it was registered officially in DBP. Please let me know. Thanks.Tuan, sila kemukakan cadangan tuan melalui link di bawah. Walau bagaimanapun, untuk mengemukakan cadangan, tuan perlu mendaftar terlebih dahulu.

http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx
Istilah20.09.2019
Assalamualaikum. Mohon pengesahan sama ada imbuhan yang digunakan untuk 'log masuk/keluar' dalam ayat berikut adalah betul. 1) Please register by logging in directly to your account. (Sila daftar dengan mengelog masuk terus ke akaun anda). 2) You have been logged out of your account. (Anda telah dilog keluar daripada akaun). Terima kasihWaalaikumussalam. Ayat yang betul atau lebih sesuai ialah

1. Untuk mendaftar, sila log masuk terus ke akaun anda.
2. Anda telah dilog keluar daripada akaun anda.
 
Penyemakan dan penterjemahan22.12.2016
HI, I have written a book on The surgical manual of common otological implants. and i would like to register with Dewan pustaka and negara with ISBN number. Please advise me how to go upon with it. Thanks.Sila berhubung terus dengan Perpustakaan Negara Malaysia untuk urusan yang tersebut.Lain-lain11.05.2014
12

Kembali ke atas