Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.gré.si] | ريݢريسي

Definisi : (régrési) IB gerakan dll mundur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata regresi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pembahagian rekursif telah menjadi asas kepada dua kaedah regresi bukan parametrik iaitu Klasifikasi dan Pokok Keputusan (CART) dan Multivariate Adaptive Regression Splines (MARS). Terjemahan bagi perkataan “Multivariate Adaptive Regression Splines”? Mohon bantuan. Terima kasih.Kami mencadangkan “multivariate adaptive regression splines” dalam bidang Matematik dan Statistik diterjemahkan sebagai “lekuk regresi multivariat boleh suai”, bergantung pada konsep serta konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut.Istilah19.11.2020
As salam, Saya sedang membuat penulisan tesis. Terdapat term statistik yang saya tidak pasti terjemahannya dalam Bahasa Melayu iaitu: “Nilai pekali ini akan dikira dalam bentuk eksponential atau boleh juga dipanggil odds ratio. Odds ratio dalam analisis regresi logistik akan menjelaskan peluang responden yang memiliki nilai pekali yang tinggi pada pembolehubah tidak bersandar, maka peluang untuk berjaya ialah sebesar eksponential”. Terjemahan bagi perkataan “odds ratio”? Mohon bantuan. Terima kasih.Berdasarkan data kami, padanan untuk odds ratio ialah nisbah ganjil dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan.

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=odds+ratio&d=28648&#LIHATSINI
Penyemakan dan penterjemahan19.11.2020
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih.Istilah06.10.2017

Kembali ke atas