Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.gu] | رݢو

Definisi : 1. pasukan (rombongan) orang bekerja: buruh di perkebunan itu dibahagi atas be­berapa ~; 2. pasukan (kesatuan) tentera yg terkecil (12 atau 14 orang): sepuluh perajurit gerila di suatu desa merupakan satu ~, tiga buah desa membentuk satu platun; 3. satu pasukan pemain dlm olahraga: empat pe­main, iaitu satu ~ dan seorang pemain sim­panan, akan bertolak dgn kereta; 4. Id go­longan, jenis (tumbuh-tumbuhan dll); beregu berpasangan (dua orang dlm satu pasukan yg bertanding): pertandingan per­seorangan dan ~ lelaki; meregukan membahagi-bahagikan atas be­berapa regu; ® gu I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.gu] | رݢو

Definisi : 1 kumpulan atau kelompok orang bekerja: Pekerja-pekerja di kilang itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 sepasukan pemain dlm sukan atau dlm olahraga: Malaysia telah menghantar ~ hoki dan bola sepak ke pertandingan Olimpik di Munich. 3 pasangan kpd seseorang pemain (dlm permainan berpasangan). beregu berpasangan. meregukan membahagikan kpd beberapa regu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
regu (kata nama)
Bersinonim dengan pasukan, kumpulan, pasangan;,
Kata Terbitan : beregu,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Regu emasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3468-3
Berbagai-bagai pengalaman regu badjingNoordhoff KolffTiada1949 

Kembali ke atas