Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.hat] | ريحت

Definisi : (réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah; kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~ waktu utk ber­senang-senang melepas-kan lelah; berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga; merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun be­kerja tetapi bagaikan ~ fikiran; kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; ® isti­­rahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.hat] | ريحت

Definisi : /réhat/ keadaan bebas drpd sebarang aktiviti, gerakan dsb: ~ adalah penting utk menjaga kesihatan. berehat melepaskan lelah; bercuti utk bersenang-senang: Aku terlalu penat, aku perlu ~ dahulu. merehatkan membiarkan supaya berehat: Selepas bermain, dia ~ dirinya di atas bangku. kerehatan keadaan rehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rehat
Kata Terbitan : berehat, merehatkan, kerehatan,

Puisi
 

Kalau duduk di atas kerusi,
     Sambil duduk berehat-rehat;
Jangan dibawa perangai besi,
     Makin lama makin berkarat.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rest periodmasa rehat; kala rehatPendidikanTiadaTiada
rest periodmasa rehat; kala rehatPentadbiranTiadaTiada
rest periodmasa rehat; kala rehatVeterinarTiadaTiada
rest periodtempoh rehatPertanianAgronomi

 Masa yang diperlukan untuk menjalankan proses pemulihan sel. Contohnya, tempoh rehat tanaman pada kulit getah yang telah ditoreh ialah 2 hari. Selepas tempoh rehat tersebut, getah boleh ditoreh semula. Sekiranya tempoh rehat tidak mencukupi, pokok tersebut akan mengalami kekeringan.

five minute intervalrehat lima minitSukanTiadaMasa rehat yang diberikan kepada sebelum meneruskan permainan ketiga.
rest relationhubungan rehatPerubatanTiadaHubungan radang apabila pesakit dalam keadaan rehat dan duduk tegak, kondil pula berada di posisi yang tidak tegang pada fosa gelnoid.
position restposisi rehatPerubatanTiadaHubungan mandibel dengan maksila apabila pesakit berada dalam keadaan rehat, tegak dan kondil tidak tegang di fosa glenoid.
resting energy expenditurepenggunaan tenaga rehatSains KesihatanTiadaJumlah tenaga yang digunakan oleh individu semasa rehat.
macrocystmakrosistaBiologiMikologiPeringkat rehat yang dibentuk dalam keadaan tertentu oleh kulapuk lendior diktiostelid. Peringkat rehat ini kelihatannya mewakili peringkat seks dalam kitar hidup diktiostelid.
Bud restTunas rehatPertanianAgronomi

Tunas yang dalam keadaan dorman atau tidak berkembang disebabkan faktor dalaman atau faktor persekitaran. Beberapa jenis hormon seperti asid absisik (ABA) dan giberelin mempengaruhi keadaan tunas sama ada membuat tunas dalam keadaan rehat atau aktif. Faktor luaran seperti suhu juga mempengaruhi keadaan tunas, suhu yang rendah membuat tunas dalam keadaan rehat.

12345678910...

Kembali ke atas