Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ji.men] | ريجيمن

Definisi : (réjimen) satu pasukan tentera yg besar yg biasanya diperintah oleh seorang kolonel, resimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ji.men] | ريجيمن

Definisi : /réjimen/ sepasukan tentera yg terdiri drpd beberapa batalion dan diperintah oleh seorang kolonel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rejimen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan sebenar bagi penggunaan perkataan berikut? 1. Rejimen Renjer Diraja @ Rejimen Renjer DiRaja? 2. Yang DiPertua @ Yang Dipertua @ Yang di-PertuaSaudara/saudari,

1. Rejimen Renjer Diraja

2. Yang Dipertua
Ejaan22.09.2012
Terma/Maksud: Sistem Pemerintahan RegimentalRegimental diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai rejimen, oleh itu cadangan terjemahan kami ialah Sistem  Pemerintahan Rejimen. Dalam sumber kami tidak ada penerangan tentang konsep sistem pemerintahan ini, sila rujuk buku atau pihak yang berkenaan.Makna25.06.2010
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "Foot Guard"? Foot Guard merujuk kepada rejimen infantri kanan yang bertugas sebagai pengawal diraja dan orang-orang kenamaan, contohnya Askar Timbalan Setia. Terima kasih.Salam, 

Saudara,

Terjemahan bagi istilah Foot Guard ialah Pengawal istana.

Terima kasih.
Istilah19.08.2020
perkataan mana yang betul. Depot Pusat Kor Ordnans Diraja atau Depot Ordnans Pusat Diraja. Perkataan ini merujuk kepada sebuah pasukan/depot yang menjadi sebuah pusat yang menyimpan barang-barang tentera. perkataan diraja merujuk kepada pasukan Kor Ordnans Diraja dalam Tentera Darat, seperti Rejimen Askar Melayu Diraja. mohon nasihat dari pihak tuan. terima kasihFrasa yang betul ialah Depot Pusat Kor Ordnans Diraja.Tatabahasa15.04.2010
Cadangan bagi terjemahan 'pasukan keselamatan belia' untuk sebarang maklum balas atau pembetulan yang boleh memberikan impak lebih yang baik hasil dari penjenaan pasukan tersebut. senarai berkenaan adalah seperti yang berikut; ANGAKATAN SUKARELA MUDA KDN (ASMK) PASUKAN SUKARELA MUDA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KDN (PASUKK) KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN (KMK 1KDN) ANGKATAN MUDA AMAN KDN (AGMA) / (AGAMA) ANGKATAN MUDA : KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN BRIGED BELIA KESELAMATAN BRIGED KESELAMATAN MUDA 1KDN (BKMK @ BKM1K)Setelah perbincangan diadakan, kami berpendapat nam yang paling baik dan sesuai digunakan ialah KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1 KDN (KMK 1 KDN). Untuk makluman, ejaan "KESATRIA" adalah salah, dan ejaan yang betul ialah KESATRIAN. Ejaan "1KDN" juga adalah salah dan perlu dieja berasingan, iaitu 1 KDN. Perkataan kesatria lebih sesuai dan lebih memberi impak kerana kesatria bermaksud "orang yang gagah berani", berbanding dengan perkataan "angkatan sukarela, pasukan sukarela dan angkatan muda" yang kurang memberi impak. "BRIGED" pula tidak sesuai kerana dalam kamus Dewan Edisi Keempat, briged bermaksud divisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (misalnya batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong.Tatabahasa02.05.2014

Kembali ke atas