Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ji.men] | ريجيمن

Definisi : (réjimen) satu pasukan tentera yg besar yg biasanya diperintah oleh seorang kolonel, resimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ji.men] | ريجيمن

Definisi : /réjimen/ sepasukan tentera yg terdiri drpd beberapa batalion dan diperintah oleh seorang kolonel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rejimen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REJIMEN KE 10anggota/pertubuhanSEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
REJIMEN

Rejimen ialah organisasi tentera yang

bertanggungjawab terhadap perumahan dan

penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya.

Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa

kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron

(tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri).

Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya

dua batalion semasa aman atau paling

ramai 15 batalion semasa perang.

UMUM 
REJIMEN KE-10

REJIMEN KE-10, pasukan gerila Melayu yang ditubuhkan untuk menentang British. Pasukan ini telah ditubuhkan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang. Semasa penubuhannya, pasukan ini mempunyai 17 orang ahli sahaja. Rejimen ke-10 ialah pasukan yang kesepuluh daripada 12 buah rejimen dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RENJER

Renjer ialah unit khusus rejimen infantri dalam

pasukan tentera Amerika Syarikat. Pasukan renjer

diberi latihan yang lebih keras daripada rejimen

infantri lain. Pasukan renjer ditubuhkan pada

tahun 1942, semasa Perang Dunia II (1939–1945) di

bawah pimpinan Kolonel William O. Darby.

UMUM 
ZOUAVES

Zouaves ialah askar rejimen infantri tertentu

dalam Angkatan Tentera Perancis. Nama Zouave

berasal daripada puak Zouaoua Kabyles di Algeria,

yang merupakan rekrut Zouaves – Perancis yang

pertama pada tahun 1830.

UMUM 
WAHI ANNUAR

WAHI ANNUAR (1913-1995), Ketua Satu Ikatan Pembela Tanahair (PETA), pengasas dan pemimpin Rejimen Ke-10.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Haji Awang, manakala nama timangannya semasa kecil ialah Wan Chik.  Dia lahir di Kuala Kurau, Perak.  Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Anglo-Chinese Boy’s School, Parit Buntar.  Kemudian dia belajar di King Edward School, Taiping hingga Darjah Sembilan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RASHID MAIDIN

RASHID MAIDIN (1917-   ), salah seorang pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir pada bulan Oktober 1917 di Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Dia dibesarkan dalam keluarga miskin dan dia adalah anak sulung. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng, Perak hingga Darjah Lima. Dia belajar di sekolah agama di kampungnya pada sebelah petang. Kemiskinan keluarga telah memaksa Rashid menamatkan pelajarannya pada tahun 1928 dan mencari pekerjaan.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
GESTAPU

GESTAPU, percubaan kudeta yang dilancarkan oleh Rejimen Cakrabirawa (Barisan Pengawal Presiden Sukarno) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Untung pada 30 September 1965. Gestapu atau Gerakan 30 September dianggap tragedi kejam kerana menculik dan membunuh enam pegawai tertinggi tentera, iaitu Leftenan Jeneral Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, Mejar Jeneral Harjono Mas Tirtodarmo, Mejar Jeneral Siswondo Parman, Brigedier Jeneral Donald Izacus Pandjaitan dan Brigedier Jeneral Soetojo Siswomihardjo. Jeneral Abdul Haris Nasution yang menjadi sasaran utama gerakan Gestapu itu dapat melepaskan diri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AHMAD HAJI SALLEH

AHMAD HAJI SALLEH (1926-   ), pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, kemudian pelajaran menengah melalui Kelas Khas Melayu di Clifford English School, Kuala Lipis hingga tamat Darjah Enam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MUSA AHMAD

MUSA AHMAD  (1921-1995), nasionalis, bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) dan salah seorang pemimpin Rejimen ke-10. Dia lahir di Pengkalan Baru, Ipoh, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di kampungnya, pendidikan agama di Sekolah al-Mashor, Pulau Pinang (1934-1941) dan Sekolah Lanjutan Anglo-Chinese, Perak.           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas