Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ka] | ريک

Definisi : (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tin­dakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (me­masang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka ke­putus­an yg akan diambilnya nanti; 3. me­mikirkan (sesuatu), merancang, merencana­­kan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut men­jadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agak­kan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang; pereka orang yg mereka (mereka-reka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ka] | ريک

Definisi : /réka/ 1 = rekaan sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. 2 daya upaya; tipu muslihat; akal ikhtiar: Dia itu banyak ~nya. mereka 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. rekaan 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. perekaan perbuatan atau hal mereka (sesuatu). pereka orang yg mereka: ~ kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, mohon penjelasan. Perkataan " reka bentuk" ditulis terpisah, jika perkataan ini dijadikan judul/tajuk bagaimana ia ditulis (capital letter keduanya atau tidak). Contohnya: 'Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan' atau 'Perancangan Reka bentuk dan Pembangunan'. TERIMA KASIH :)Sekiranya perkataan reka bentuk dijadikan judul, kedua-dua huruf awal dieja dengan huruf besar seperti "Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan".Tatabahasa29.10.2013
Apakah maksud: 1. Papan tanda 2. Papan jalan 3. Papan tulis 4. Reka atur 5. Reka letak 6. Muka pintu 7. Muka taip 8. Balai cerap 9. Bahu jalan sama dengan tepi jalan? Terima kasih atas penjelasan tuan.1. Papan tanda bermaksud papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya).
3. Papan tulis ialah papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur.
5. Reka letak ialah susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain.
6. Muka pintu bermaksud ambang pintu.
7. Muka taip bermaksud a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu;
8. Balai cerap ialah bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb;
9. Bahu jalan bermaksud bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan).

Istilah reka atur dan papan jalan tiada dalam data kami. Istilah yang betul papan tanda nama jalan, iaitu yang digunakan untuk meletakkan nama jalan.
Makna26.11.2013
HURAIKAN SECARA TERPERINCI APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?Penyuntingan ialah proses menyemak semula manuskrip yang telah siap ditulis. Semakan dibuat dari segi fakta, bahasa, persembahan, dan reka letak/ reka bentuk. Tujuannya supaya manuskrip itu lengkap, betul/tepat, dan mudah difahami oleh pembaca apabila telah dicetak menjadi buku. Penyuntingan ada dua jenis, iaitu substantif ( sunting isi/fakta) dan kopi (sunting bahasa dan teknikal).Makna25.09.2006
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my

 

 
Lain-lain03.12.2019
Apakah maksud reka bentuk konvensional?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, reka bentuk bermaksud rancangan (corak, bentuk, dan sebagainya) yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya). Konvensional pula bermaksud berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi atau sebagaimana kebiasaannya 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dan sebagainya (berkenaan dengan peperangan, senjata dan sebagainya).

Oleh itu, reka bentuk konvensional merujuk “rancangan, struktur atau binaan berdasarkan amalan biasa”.
Makna16.12.2021
Istilah penggunaan reka bentuk, pembinaan dan pembangunan... Apakah kesesuaian konteks ketiga-tiga perkataan di atas....Contohnya: Saya ingin membina/membangun/merekabentuk garis panduan atau design guidelines...I want to develop design guidelinesKami mencadangkan ayat tersebut dipinda menjadi "Saya ingin membuat garis panduan". Untuk melihat perbezaan makna kata dan penggunaannya sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.   

Tatabahasa25.02.2015
Selamat pagi. Ingin bertanya sama ada kedua-dua ayat di bawah betul. Ayat 1: Dia tertarik dengan reka bentuk aku, lalu membeli aku. Ayat 2: Dia tertarik akan reka bentuk aku, lalu membeli aku. Dari segi penggunaan "dengan" , "akan" dan juga penggunaan tanda koma (,) di hadapan perkataan "lalu". Terima kasih.ayat yang betul ialah: Dia tertarik dengan reka bentuk aku lalu membeli aku dan Dia tertarik akan reka bentuk aku lalu membeli akuTatabahasa22.06.2022
Salam, Saya ingin tahu sinonim reka. Kami ingin mengarang ayat dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan 'designed' namun pihak atasan tidak setuju untuk menggunakan perkataan 'reka', beliau lebih suka dengan perkataan yang melambangkan 'pembinaan' tetapi tidak menggunakan perkataan 'pembinaan'. Selain itu, encik ada cadangan terjemahan "Cyberjaya designed for creator" tak? Terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "design" ialah reka bentuk. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat bahasa Inggeris yang diberikan, "design" boleh djuga diterjemahkan kepada dibina. Contohnya: Cyberjaya yang dibina untuk pencipta atau Cyberjaya yang direka bentuk untuk pencipta.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2016
reka bentuk atau rekabentuk?Ejaan yang betul ialah “reka bentuk”.Ejaan25.07.2023
Saya nak bertanya yang mana betul . Reka cipta atau rekaciptaEjaan yang betul ialah "reka cipta".Ejaan17.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas