Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ka] | ريک

Definisi : (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tin­dakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (me­masang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka ke­putus­an yg akan diambilnya nanti; 3. me­mikirkan (sesuatu), merancang, merencana­­kan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut men­jadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agak­kan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang; pereka orang yg mereka (mereka-reka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ka] | ريک

Definisi : /réka/ 1 = rekaan sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. 2 daya upaya; tipu muslihat; akal ikhtiar: Dia itu banyak ~nya. mereka 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. rekaan 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. perekaan perbuatan atau hal mereka (sesuatu). pereka orang yg mereka: ~ kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REKA BENTUK

Reka bentuk ialah penyusunan bahan untuk

mewujudkan sesuatu hasil atau kesan. Reka bentuk

memainkan peranan yang penting dalam semua

seni halus dan dalam penciptaan keluaran industri.

Rencana ini membincangkan konsep reka bentuk

asas yang digunakan dalam seni tampak.

UMUM 
TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GASNilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM 
MELUKIS

Melukis ialah perbuatan membuat reka bentuk

atau imej menggunakan garis atau ton, di atas

sebarang permukaan yang sesuai. Reka bentuk atau

imej yang dihasilkan dikenali sebagai lukisan.

UMUM 
TATAH DALAM

Tatah dalam ialah sejenis hiasan yang biasanya

dibuat dengan membuat reka bentuk pada

permukaan sesuatu bahan dan mengisi reka bentuk

ini dengan bahan lain yang sering kali berbeza

dengan ketara. Tatah dalam biasanya dikaitkan

dengan perabot kayu. Jenis tatah dalam yang paling

biasa mempunyai jaluran kecil kayu berwarna cerah

yang dilekatkan pada latar kayu berwarna lebih

gelap, seperti mahagoni.

UMUM 
NERVI, PIER LUIGI

Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan

jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan

kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri

yang praktik mestilah cantik dan anggun

berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi

terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat

bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh

berdasarkan pengiraan matematik berbanding

dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula

dikenali apabila dia menggunakan konkrit

bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa

teknik struktur dengan menggunakan konkrit.

UMUM 
GERAKAN SENI DAN KRAFPergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina.  Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika.  Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian.KEJURUTERAANPeristiwa
ALIRAN BERSIHKaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf kese­imbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenserKEJURUTERAANKonsep
ART NOUVEOU

Art nouveou ialah gaya reka bentuk hiasan

yang berkembang subur dari tahun 1890-an

hingga kira-kira tahun 1910. Istilah art nouveau

bererti seni baru dalam bahasa Perancis. Istilah ini

berasal daripada balai seni lukis Paris Maison de

l’Art Nouveau . Balai seni lukis tersebut

mempamerkan banyak karya yang dicipta

menggunakan gaya reka bentuk ini.

UMUM 
SHERATON, THOMAS

Sheraton, Thomas (1751–1806), pereka bentuk

perabot Inggeris. Reputasinya adalah berasaskan

pada sebuah buku reka bentuk perabot yang

berpengaruh, yang dikenali The Cabinet-Maker

and Upholsterer’s Drawing Book (1791–1794).

Seperti buku reka bentuk lain pada akhir tahun

1700-an, buku Drawing Book mengutarakan

cita rasa semasa dalam gaya perabot. Perabot yang

mengikut gaya yang dinyatakan dalam buku

tersebut dikenali sebagai Sheraton.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas