Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~ kapal terbangnya yg pertama; mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll); pereka bentuk orang yg mereka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réka bentuk/ corak atau bentuk sesuatu yg direka. mereka bentuk membuat reka bentuk sesuatu (spt kereta, rumah). pereka bentuk orang yg membuat reka bentuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
angalang Mr1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian.Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta.Tarian Mengubati Orang Yang SakitGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas