Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.kah] | رکه

Definisi : = merekah; merekah 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus; rekahan pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding; kerekahan keadaan rekah (merekah); reng­kah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.kah] | رکه

Definisi : , = rekahan retak yg memanjang dan terbuka; belah. merekah 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau, tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekah
Kata Terbitan : rekahan, merekah, merekahkan, kerekahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dinding rumah Pak Abu yang_____itu telah ditampal dengan simen. a. Retak b. Rekah sama ada kedua-dua jawapan ini diterima?Rekah dan retak, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa03.05.2014
Ayat-ayat yg berikut manakah betul mengenai penggunaan kata ganda separa tunggal? Tolong terangkan. Terima kasih. (1)tetamu I Tetamu-tetamu II Kedua-dua orang tetamu III Kedua-dua orang tetamu-tetamu IV Banyak tetamu (2)kekuda I Kekuda-kekuda II Empat batang kekuda III Banyak kekuda (3)tetulang I Tetulang-tetulang II Banyak tetulang III Dua batang tetulang besi (4)jejentik I Terdpt banyak jejentik / jentik-jentik di dlm akuarium II Banyak jentik III Jejentik-jejentik IV Sekumpulan jejentik / jentik-jentik muncul di dalam kolam V Sekumpulan jejentik-jejentik (5)sesiku I Sesiku-sesiku II Banyak sesiku III Dua batang sesiku L (6)kekabu I Banyak pokok kekabu II Kekabu-kekabu III Lima batang pokok kekabu (7)tetupai I Dua buah tetupai II Tetupai-tetupai III Banyak tetupai (9)lelangit I Banyak lelangit II Lelangit-lelangit III Lelangit rekah (10)lelayang I Banyak lelayang / layang-layang II Lelayang-lelayang III Dua lelayang / layang-layang bertebangan (11)lelabi I Banyak lelabi II Lelabi-lelabi III Menangkap seekor lelabi / labi-labi (12)pepijat I Dua ekor pepijat tilam II Pepijat-pepijat tilam III Banyak pepijat tilam (13)rerama I Banyak rerama / rama-rama bertebangan II Rerama-rerama III Dua ekor rerama / rama-rama IV Rerama-rerama

Penggandaan separa  ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

Contoh Penggandaan Separa Kata Tunggal:

laki - lelaki
pohon - pepohon
gelang - gegelang
tikus - tetikus
siku - sesiku

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022

Kembali ke atas