Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ka.han] | رکهن

Definisi : pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ka.han] | رکهن

Definisi : retak yg memanjang dan terbuka; belah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekah
Kata Terbitan : rekahan, merekah, merekahkan, kerekahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
crack treatment dalam bahasa melayu? perkataan tersebut merujuk kepada kaedah kawalan ingestasi lipas.Saudara. Apabila merujuk "crack treatment" dalam konteks infestasi lipas, ia melibatkan usaha-usaha untuk menangani serangan lipas yang bersembunyi di celahan rekahan fizikal. Maka kami mencadangkan istilah yang boleh digunakan ialah "rawatan rekahan". Rekahan bermaksud pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding;.Makna27.06.2014
Garisan rekahan berukuran melebihi 2.0 mm lebar x 1000 mm panjang telah ditampal dengan bahan pengapan atau menggantikan bahan yang merekah. Rekahan buaya yang berukuran melebihi 5m2 perlu dibaiki dengan kaedah lain. Line cracks more than 2 mm wide x 1 m long to be sealed or cracked material replaced. Crocodile cracks exceeding 5 sq.m in area to be repaired by other methods. Mohon semakan

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Peparit yang menghasilkan permukaan jalan berlubang, rekahan atau mendap dengan kedalaman melebihi 25 mm berbanding dengan paras pavemen sedia ada dibaiki atau ditambah dengan bahan turapan. Top-up or reinstate backfilled trench when trench develops potholes, crack or settle 25 mm below adjacent pavement level.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Saya ingin bertanya penggunaan ayat untuk pada bibir atau di bibir. Adakah kedua-duanya boleh digunakan tetapi bergantung pada pembinaan ayat? Contoh: Senyuman di bibirnya sangat manis. Contoh: Rekahan pada bibirnya semakin teruk.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

Kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.  Contoh ayat:

pada: Terdapat luka pada bibir abang.

di: Bacaan zikir tidak lekang di bibirnya.

 

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 265 dan 274.

Tatabahasa05.03.2024

Kembali ke atas