Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ko.mén] | ريکومين

Definisi : (rékomén) merekomen, me­re­ko­­men­­­­­­ka­n menyokong, memperakukan, atau mencadangkan: saya boleh ~ dia bekerja di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ko.mén] | ريکومين

Definisi : /rékomén/; merekomenkan 1 mengatakan sesuatu yg baik-baik bkn sesuatu atau seseorang; memberikan akuan ttg kebaikannya (bkn sesuatu atau seseorang); memberikan sokongan: Oleh sebab dia culas bekerja, ketuanya enggan ~ dia utk naik pangkat. 2 memberikan cadangan supaya diikut; memberi nasihat atau akuan: Siapa yg ~ kamu supaya memakan pil ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rekomen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi Saudara/ Saudari, Salam kami ingin meminta sokongan dari pihak tuan untuk menyemak Penterjemahan dari bahasa inggeris ke Bahasa Melayu. Harap tuan / puan boleh rekomen bahasa yang sesuai dari teks berikut. Terima kasih.Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia untuk mendapatkan khidmat penterjemahan.Penyemakan dan penterjemahan02.11.2022
Saya ingin menempah semula Dewan Masyarakat. Saya pernah tempah 2 thn yg lepas. Apa perlu saya buat ? Soalan kedua ialah adakah apa majalah mengenai teknologi untuk remaja. Sila rekomen. TQ.Salam sejahtera, Untuk makluman buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku wakil penjual ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 WhatsApp •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini https://dbpniaga.my// Majalah yang sesuai untuk teknologi remaja ialah Majalah Dewan KosmikLain-lain20.03.2020

Kembali ke atas