Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.kréa.si] | ريکرياسي

Definisi : (rékréasi) kegiatan yg menye­ronok­kan yg boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, spt ber­istirahat dan menghiburkan hati, riadah; berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan badan dan akal fikir­an): rombongan memburu yg ~ sambil men­jalankan tugas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rekreasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :riadah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Yg manakah penggunaan kata kerja berikut paling tepat? 1. Budak bermain buaian di taman rekreasi. 2. Budak mengayun buaian di taman rekreasi. 3. Budak mengayunkan buaian di taman rekreasi. Terima kasihKetiga-tiga kata kerja tersebut tepat dan boleh digunakan. Kata kerja bermain dan mengayunkan memerlukan objek selepasnya. Tatabahasa12.01.2021
apakah pemenggalan suku kata yang betul untuk perkataan "rekreasi"? terima kasih.Pemenggalan suku kata bagi perkataan rekreasi ialah KV-KKV-V-KVTatabahasa13.01.2019
Dalam ayat yang ada di bawah, apakah ayat yang betul? 1) Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti. 2) Sultan Amir telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti.

Ayat yang betul ialah “Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu.”

Tatabahasa22.12.2023
Adakah perkataan rekreasi boleh dimasukkan dalam golongan kata nama tunggalKata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contohnya tudung, wanita, bumi dan lain-lain. Oleh itu, perkataan rekreasi adalah tergolong dalam kata nama tunggal.Tatabahasa01.04.2010
Assalaamu'alaikum 1.Adakah ayat berikut betul? Murid-murid, saya harap kamu membuat bayaran untuk lawatan Taman Rekreasi Teruntum. 2.Saya ingin mengetahui adakah penggunaan perkataan 'membuat' dalam ayat tersebut tepat? 3.Apakah perbezaan dari segi maksud sekiranya saya gantikan dengan perkataan 'buat' sahaja. 4. Perlukah diletakkan perkataan 'ke' sebelum kata nama khas Taman Rekreasi Teruntum? Terima kasih atas maklum balas. Wassalam.
1. Murid-murid, saya harap kamu dapat menjelaskan bayaran untuk lawatan ke Taman Rekreasi Teruntum. 2&3. Telah digantikan dengan perkataan menjelaskan. 
4.  Kata sendi nama "ke" hadir sebelum kata nama yang menunjukkan tempat.

Tatabahasa05.04.2014
Apakah padanan kata "splash pad" dalam bahasa Melayu? "Splash pad" merupakan kawasan rekreasi dengan pancutan/semburan air (biasanya dari lantai) yang tidak bertakung yang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Terima kasih.
Menurut data kami, tiada istilah khusus bagi "splash pad" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan padanan yang sesuai bagi "splash pad" ialah "Kawasan percikan air rekreasi"
Istilah25.01.2017
1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan.
2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.
3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama.
4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka.
5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu.
6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh.
7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini.
8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub".
10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan.
Tatabahasa07.05.2020
(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu. (ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu. Soalan: Mengikut jawaban buku, penggunaan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat di atas adalah salah. Jadi apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat itu.Untuk makluman, lembah bermaksud:
 
1. Tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai).
2. (Kiasan) jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina, berlembah ada atau terdapat lembah (berkenaan tanah).

Berdasarkan maksud lembah tersebut, ayat yang tuan/puan kemukakan tidak ada kesalahan jika perkataan lembah digunakan.

(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu.
(ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu.

Makna02.11.2015
1.Beberapa unit bangunan baharu akan membina sebagai pusat rekreasi untuk orang ramai berkelah 2.Kebanyakan individu yang berjaya kepunyaan sejarah hidup yang penuh cabaran dan mereka tidak pernahmenyerah kalah selain memiliki semangat juang yang kekal. 3.Kawasan tanjung berpasir putih itu berpotensi untuk bermaju sebagai kawasan pelancongan dan riadah 4.Raja kecil mengarahkan supaya jenazah ayahandanya dikebumikan di makam diraja 5.Ibu membeli tiga tangkal rambutan daripada kedai Pak Usin 6.Pada masa ini,anak-anak remaja tidak mengisahkan teguran dan lendapat orang tua terutamanya dalam aspek keagamaan Tuan,Saya nak tanya apakah kesalahan imbuhan di atas?1. Rujuk perkataan membina. Imbuhan yang betul ialah dibina.
2. Rujuk perkataan kepunyaan. Imbuhan yang betul ialah mempunyai.
3. Rujuk perkataan bermaju. Imbuhan yang betul ialah dimajukan.
5. Rujuk perkataan daripada. Perkataan yang betul ialah dari. Sila betulkan juga ejaan tangkal kepada tangkai.
6. Rujuk perkataan mengisahkan. Perkataan yang betul ialah mengendahkan. Sila betulkan juga ejaan lendapat kepada pendapat.
Tatabahasa10.01.2021
Adakah terjemahan bagi 'hill park' adalah 'taman bukit' atau 'bukit rekreasi'?Terjemahan yang dicadangkan untuk "hill park" ialah taman bukit.Istilah07.09.2016
12

Kembali ke atas