Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rék.tum] | ريکتوم

Definisi : (réktum) (Bio) bahagian usus besar yg paling bawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rék.tum] | ريکتوم

Definisi : /réktum/ ist bahagian akhir usus besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rektum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rektumrektumVeterinarTiadaBahagian usus besar yang terletak di antara lengkok sigmoid pada kolon dengan dubur. Fungsinya ialah sebagai tempat menyimpan tinja sebelum dikeluarkan. Organ ini mempunyai ruang yang membesar dipanggil ampula. Tinja yang berasal daripada kolon akan terkumpul sedikit demi sedikit sehingga ke suatu masa yang sesuai untuk dikeluarkan.
rectal temperaturesuhu rektumVeterinarPraklinikalSuhu yang disukat melalui rektum haiwan dengan menggunakan termometer klinikal. Contohnya; suhu rektum normal bagi lembu dewasa 38°C hingga 39°C dan anaknya ialah 39°C hingga 40.5°C. Biri-biri pula ialah 39°C hingga 40°C dan anaknya ialah 39.5°C hingga 40.5°C. Kambing dewasa ialah 38.5°C hingga 39.5°C dan anaknya ialah 39°C hingga 40.5°C.
per rectumper rektumPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu yang dilakukan/dimasukkan melalui rektum
prolapse of the rectumprolaps rektumPerubatanTiadaPenonjolan membran mukus rektum melalui dubur.
rectumrektumVeterinarPraklinikalSebahagian daripada usus besar yang bermula dari paras pembukaan pelvis ke bahagian atas rongga pelvis dan berakhir di anus. Rektum boleh mengembung dan mencapai bentuk yang dikenali sebagai ampula. Fungsi ampula ini adalah untuk mengumpulkan tinja yang secara perlahan-lahan dikeluarkan dari kolon ke anus.
rectal columnturus rektumBiologiHistologi dan SitologiRabung menegak atau lipatan membran lendir (mukus) pada sesetengah bahagian atas salur dubur (distal rektum). kulumnae anales; kolumnae ani; turus dubur.
suppositoriessupositoriPerubatanTiadaUbat pepejal yang dimasukkan ke dalam rektum atau vagina untuk menghasilkan kesan setempat atau apabila ubat tidak dapat diberi secara oral. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah. Contoh ubat ialah laksatif, Paracetamol dan Nystatin.
suppositorysupositoriFarmasiFarmaseutikSatu bentuk dos yang mengandungi drug yang diberi melalui rektum. Dos ini dibuat daripada bahan yang boleh cair pada suhu badan. Bentuknya seperti peluru untuk memudahkan pemasukan ke dalam rektum. Bentuk dos ini digunakan untuk memintas metabolisme laluan pertama.
coprodeumkoprodeumVeterinarPraklinikalSalah satu daripada tiga bahagian yang membentuk kloaka tempat najis disimpan. Koprodeum berbentuk ampula dan merupakan struktur penyambung antara kolon dengan rektum. Struktur ini kelihatan seperti tisu rektum yang berkembang pada kebanyakan spesies unggas.
rectumrektumPerhutananTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas