Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rél] | ريل

Definisi : (rél) 1. besi landasan kereta api dll, landasan kereta api (trem); keluar ~ a) terlepas (ter­keluar) dr rel; b) bp terkeluar drpd pokok pembicaraan, menyimpang drpd jalan yg benar, melampaui had; 2. palang lintang utk menggantung sesuatu; ~ langsir palang yg digunakan utk menggantung langsir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rél] | ريل

Definisi : /rél/ besi landasan kereta api atau trem: ~ kereta api landasan kereta api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
common railrel sepunya (kejuruteraan)Makna04.04.2007
spinach - spinal adj of, rel to the spine, spina: a ~ disease, penyakit spina; a ~ malformation, pencanggaan spina. Pentakrifan bagi perkataan "spinach" adalah salah.Terima kasih atas keprihatinan puan dalam perkara ini, pihak kami akan membetulkan kesilapan data lama yang masih terdapat dalam pangkalan data kami.Lain-lain28.11.2019
Ketika ini kata "elevated" untuk istilah seperti "elevated highway" dan "elevated rail" diterjemahkan dengan berbagai terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "lebuhraya bertingkat" dan rel ternaik. Jadi soalan saya, yang mana satu betul untuk terjemahan kata elevated, apakah 'bertingkat' atau 'ternaik'? Untuk rujukan, Indonesia menerjemahkan kata elevated ke dalam bahasa Melayu di sana sebagai 'layang'Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk elevated highway dan elevated rail. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah lebuh raya bertingkat dan rel bertingkat.Istilah16.10.2012
Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, KhalidUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel.Istilah07.07.2011

Kembali ke atas