Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.la] | ريلا

Definisi : (réla) akronim bagi Ikatan Relawan Rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la] | ريلا

Definisi : (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; merelai memberikan (membiarkan, me­lepas­­­­kan, dll) dgn hati yg ikhlas, meng­izinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah; merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2. memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3. meng­izinkan, menyetujui; kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, ke­su­di­­an, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la] | ريلا

Definisi : /réla/ 1 dgn suka hati; dgn ikhlas; berkenan; sudi: Aku ~ berkorban utk bangsa dan negara. 2 izin; persetujuan: Kedatangan kami adalah utk meminta ~ ayahanda dan bonda. merelai menerima sesuatu dgn hati yg ikhlas, meredai: pemergian yg direlainya. merelakan memberikan dgn suka hati; mengizinkan; memperkenankan: Relakan saya pergi. ~ wang yg diambilnya itu. kerelaan keadaan rela (hati); keikhlasan (hati); keredaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rela (kata kerja)
Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;,
Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan,

Puisi
 

Tak sabit kandang kuda di bendang,
     Kayu kemudu luruh ke meranti;
Apabila tak dapat kasihku seorang,
     Rela kutunggu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar badan penat asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mekanisma keselamatan berkenaan gagal atau digagalkan. penilaian sekuriti (Ig. security evaluation; Br. penilaian keselamatan; Id. evaluasi keamanan; evaluasi sekuritas) Kaedah penilaian ciri keselamatan suatu sistem maklumat yang dilakukan secara suka rela oleh pembekal sistem maklumat berkenaan untuk mengenal pasti kegoyahan yang mungkin wujud. Penilaian keselamatan sebegini dilakukan berpandukan kumpulan kriteria pengujian piawai yang formal seperti kriteria penilaian keselamatan teknologi maklumat (ITSEC

Kembali ke atas