Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (rélai) Id ark; merelai memancarkan semula (siaran radio dll dr studio lain): berita itu disiarkan oleh RRI Jakarta dan direlai oleh studio Medan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj siput mutiara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berpisah-pisah, hancur, remuk: men­cedok padi yg sudah ~; reput ~ rosak ber­pisah-pisah (kerana lapuk atau buruk); merelaikan memisahkan (orang berkelahi, biji-biji padi dr tangkainya, dll): ~ orang berkelahi; ~ biji kacang dr kulitnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terpisah dr tangkai (bkn buah-buahan); hancur (bkn kuih dll). merelaikan menjadikan relai; me­misahkan sesuatu (spt biji padi dr tangkainya atau kacang dr kulitnya). perelai alat utk merelaikan: ~ kelapa sawit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
relai (adjektif)
Bersinonim dengan berpisah-pisah, bercerai-cerai, hancur, pecah-pecah, berkecai, bersepai;,
Kata Terbitan : merelaikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mulchingsungkupanAgroteknologiTiadaBahan seperti jerami, abuk papan, daun, plastik, dan tanah relai yang diserakkan di atas permukaan tanah untuk melindungi tanah dan akar tumbuhan daripada kesan hujan, kekerasan tanah, pembekuan, atau penyejatan.
virelaivirelaiMuzikTiada

Bentuk muzik dan puisi Perancis pada abad ke-14 dan abad ke-15. ABBA merupakan ciri struktur muzik yang utama. Vi­relai merupakan salah satu daripada formes fixes abad ke-14 dan abad ke-15.


Kembali ke atas