Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ma.ja] | رماج

Definisi : 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; meremaja menjadi remaja: Amnah ~; meremajakan menjadikan muda, me­muda­kan; ~ pegawai negeri menggantikan pegawai-pegawai tua dgn pegawai-pegawai muda; keremajaan perihal (keadaan) remaja: se­orang gadis yg sedang dlm ~; peremajaan perihal meremajakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ma.ja] | رماج

Definisi : , = muda ~ mula dewasa; sudah akil baligh; sudah cukup umur utk berkahwin: masa ~ masa muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
remaja (kata nama)
Bersinonim dengan mulai dewasa, muda, mentah, belia, hijau, cukup umur, baligh;,
Kata Terbitan : keremajaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'remaja' boleh digandakan menjadi remaja-remaja? Jika tidak, apakah sebabnya?

Saudara Tammychong,

Perkataan remaja boleh digandakan menjadi remaja-remaja. Contoh penggunaan perkataan 'remaja-remaja' ialah seperti yang berikut:

Remaja-remaja zaman sekarang gemar menghabiskan masa dengan melayari internet.

Namun kelazimannya, penggunaan perkataan remaja-remaja jarang digunakan dalam ayat. Kebiasaannya digunakan 'ramai remaja', 'para remaja', 'kebanyakan remaja' dan 'remaja' sahaja.  

Tatabahasa14.09.2012
mohon kepastian ejaan dan perbendaharaan kata: 1. apakah ejaan yang betul untuk ibubapa atau ibu bapa? 2. mana ejaan yang sesuai "dikalangan remaja" atau "dalam kalangan remaja"?. contoh ayat: masalah jenaya dikalangan remaja atau dalam kalangan remaja masa kini semakin membimbangkan. 3. adakah penggunaan perkataan "kebagusan" dalam ayat berikut sesuai?. semakin ramai guru maka semakin baik tahap kebagusan perhatian terhadap pembelajaran pelajar. mohon cadangkan ayat yang lebih baik. terima kasih untuk bantuan tuan.1. Ejaan yang betul ialah ibu bapa.
2. Frasa yang betul ialah dalam kalangan remaja.
3. Pada pandangan kami, perkataan kebagusan perlu digugurkan dalam ayat tersebut menjadi "semakin ramai guru maka semakin baik tahap perhatian terhadap pembelajaran pelajar".
Tatabahasa11.04.2014
Assalamualaikum, 1. Adakah penggunaan SERANGKAIAN MISTERI tepat bagi menggambarkan misteri-misteri yang disiasat? 2. Perlukah diletakkan penjodoh bilangan bagi remaja. Contohnya: TIGA ORANG REMAJA atau TIGA REMAJA?1. Kumpulan cerita misteri yang disiasat
2. Penggunaan yang gramatis ialah tiga orang remaja
Tatabahasa01.11.2017
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih.

Salam.  Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun).  Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja.  Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja

Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman.  Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto.

Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum.  Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati.  Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti.  Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran.

Lain-lain18.11.2009
Salam Sejahtera, Diantara berikut yang manakah betul i) Seorang lelaki dewasa / seorang dewasa lelaki ii)Seorang remaja lelaki / seorang lelaki remaja diharap tuan dapat memberikan alasannya. TqPada kebiasaannya bentuk seorang lelaki dewasa atau seorang lelaki remaja digunakan.  bentuk seorang dewasa, lelaki atau seorang remaja, lelaki boleh juga digunakan bergantung pada apa yang hendak difokuskan. Tatabahasa06.05.2008
Antara tajuk berikut, yang mana satukah tepat: 'Pesan Untuk Remaja' atau 'Pesan Kepada Remaja'? Atau adakah kedua-duanya tepat dan boleh digunakan silih berganti?Frasa yang gramatis ialah "Pesan kepada Remaja".Tatabahasa25.10.2011
Remaja perempuan di Malaysia menyukai dan mengikuti gaya berpakaian artis perempuan k-pop. adakah betul perkataan k-pop atau perlu diubah kepada pop korea. Betulkan jika ada kesalahan perkataan k-pop. Maaf, keliru.Perkataan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Pop Korea.Makna15.04.2021
Remaja haruslah mengacu-acukan aktiviti kesedaran untuk mengelakkan anak terjebak dalam gejala sosial Tuan,Saya nak tanya manakah satu kosa kata sesuai digunakan dalam ayat ini?Perkataan mengacu-acukan tidak sesuai digunakan dalam ayat ini. Perkataan yang sesuai ialah menganjurkan atau mengadakan.Tatabahasa08.01.2021
"Remaja terlibat dalam gejala sosial." Frasa "gejala sosial" ini berunsur negatif atau neutral?Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Lain-lain11.07.2017
Tuan/Puan, ayat manakah yang betul? a) Remaja banyak terlibat dalam gejala sosial. b) Remaja ramai terlibat dalam gejala sosial.Yang betulnya ialah; 1. Banyak remaja terlibat dalam gejala sosial. 2. Ramai remaja terlibat dalam gejala sosial.Tatabahasa05.10.2008
12345678910...

Kembali ke atas