Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ma.ja] | رماج

Definisi : 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; meremaja menjadi remaja: Amnah ~; meremajakan menjadikan muda, me­muda­kan; ~ pegawai negeri menggantikan pegawai-pegawai tua dgn pegawai-pegawai muda; keremajaan perihal (keadaan) remaja: se­orang gadis yg sedang dlm ~; peremajaan perihal meremajakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ma.ja] | رماج

Definisi : , = muda ~ mula dewasa; sudah akil baligh; sudah cukup umur utk berkahwin: masa ~ masa muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
remaja (kata nama)
Bersinonim dengan mulai dewasa, muda, mentah, belia, hijau, cukup umur, baligh;,
Kata Terbitan : keremajaan,


Panduan Berkarya

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdfkhidmat pesanan kandungan.p65singkatan dan simbol yang baku atau standard dalam penulisan SMS, khususnya untuk SMS yang disiarkan di layar tv sangat penting kerana SMS tersebut boleh mempengaruhi pengguna bahasa, khususnya dalam kalangan remaja dan pelajar. Selain itu, bentuk- bentuk emotikon yang lazim digunakan dan sudah difahami oleh pengguna SMS juga boleh digunakan dalam penulisan SMS. Dalam komunikasi rasmi, penggunaan singkatan dan simbol yang http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanBahasa&HitCount=1&hits=c20+

Kembali ke atas